Kemek jadinya

Ni cerita selepas Raya tapi nak gak tepek sini buat kenangan ammi dan Kyra.

Rumah ammi takde air Coway ke Cuckoo bagai.  Masak air dalam thermopot tu pastu sejukkanlah.

Biasanya ammi sejukkan dalam jugs pastu transfer masuk sini sebab senang anak-anak nak ambil minum.

Ada sekali tu ammi cakap dengan Kyra...mintak dia refill air dalam dispenser ni.  Dia tak tau yang dispenser hanya untuk air sejuk je.  Tak baca lah tu....

Dia dengan yakinnya letak air panas dalam bekas ni.  Hambikkkkkk.


Bekas tu dah mengerekot camtu..cuak dia sampai menangis.  Alololo..


Takpelah bukan rezeki kita nak pakai lama.  Ngam-ngam setahun rasanya.  Beli tahun lepas masa nak buat makan-makan birthday Khilfi.

Sampai harini tak berganti lagi.  Macam dah lama je berzikir kat telinga abah.

2 comments:

  1. Ada jugak bekas cenggini. Pakai sekali dua pastu simpan.
    Sebab muncung die slalu menitik

    ReplyDelete
  2. adoi la...sian dia. rasa bersalah la tu

    ReplyDelete