Penenang Perut

Hari Sabtu dah malas masak... Ahad takkan nak malas jugakkan ammi.  Jadi jomlah main masak-masak sikit sambil mulut tu bebel-bebel kat dapur.

Masa masak ammi siap sorokkan remote tv.  Budak-budak ni liat sungguh nak belajar lately.  Kyra ni macam lupa diri pulak yang dia nak UPKK this year.  Leka.  Asal ammi diam dia pun leka.  Siap main bayblade, buat lego dengan adik-adik dia lagi.

 Sup suhun pecah telur

 Abah request yang ni.  Tapi resepi ni tak bernama sebab ammi reka masa mula-mula kahwin sebab ammi blur nak masak apa.

Ammi tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, serai, cili kering sikit...pastu gaul dengan rempah kari daging + rempah kurma.  Tumis.  Dah pecah minyak masukkan daging sampai empuk.  Pastu sebelum turun titikkan kicap sikit.

Apa agak-agak nama resepi ni nak kasi?

 Sayur memang wajib ada kalau ammi masak.

Jadilah kan dari takde.

Sekian lauk Ahad kami.

3 comments:

  1. uii..sedap tu. mau bertambah lauk simple mcm ni

    ReplyDelete
  2. sedapnya ....pastu rajin ammi potong carrot bunga-bunga :)

    ReplyDelete
  3. sedapnya sup suun tu...nak masak la balik rehat nanti

    ReplyDelete