Pages

:: Blogger Challenge :: # 4 - Describe someone you have feelings for

Assalamualaikum..Salam Isnin.  

Harini ammi dah tau jadual penuh ammi...macam banyak je lists to do.  So, untuk entry ammi up je lah post yang ni.  Dah lama save dalam draft... macam nak ke taknak publish.  

================================

Task 4 - Describe your partner or someone you have feelings for.


Interesting.  Tapi ammi rasa taknak describe pasal  present partner ammi sebab memang blog ni untuk family pun kan.  Memang sentiasa je akan ada cerita pasal partner & family.

I'm describing about that someone whom I had feeling for.  Definitely ini cerita masa silam... kenangan lalu mengusik jiwa namanya.

****************************

Di jadikan cerita sebelum ammi terjumpa Abah secara tak sengaja tu..ammi memang ada boyfriend.  Boyfriend ammi masa tu bukan Muslim.  We have been together quite long.  He was a very nice guy.  Arwah Aca (ayah ammi) suka kat dia, Mama ammi suka kat dia, ammi apatah lagikan.  Ammi pernah buat entry pasal dia tahun 2007 kot.

Dia India beragama Kristian.  
Dia baik.  Budi bahasa dia tiptop.  
Pandai je cakap melayu sebab memang kawan-kawan dia kebanyakkannya budak-budak melayu.
Tahap caring dia dengan ammi ni ntahlah dilevel yang mana.
Masa ammi kat U dulu...dia banyak gak support financially.  Ammi nak computer dia gigihlah cari jalan camna nak hantar ke rumah sewa.

Dia dah sampai ke tahap pergi kursus kat PERKIM.  Dah cari nama Islam bagai.  (Ammi simpan lagi saguhati yang dia dapat dari PERKIM tu).

Tetapi... mak dan family dia berkeras tak izinkan dia kahwin dengan Ammi.  Memang berkeras sampai nak disown anak dia kalau anak dia convert to Islam.  Abang ipar dia yang ke-2 orang kuat kat Church.  Bayangkan apa ammi rasa?  Kecewa ke tidak?  Bayangkan apa kami rasa.

Ammi tanya pendapat orang.  Pendapat mama ammi sendiri sebab dia pernah lalu benda ni.  Tapi bezanya ialah parents arwah Aca tak menghalang.  

Ammi tanya boss lama ammi yang ammi anggap dia macam bapak.  Dia kata.."kahwinlah dengan restu".  Jenggggggg....

Long story cut short, ammi buat keputusan untuk tamatkan hubungan.  Sakit, perit, menangis tu memang.  Walaupun dah end relationship tapi hari-hari dia masih call... masing-masing masih rindu.  Berat sungguh rasa.  Pernah gak rasa macam nak kahwin jelah. Tapi ... blessing.  Itu yang kami takde.

*********************************

Ditakdirkan Allah, ammi dalam pada rasa kosong tu.... Allah temukan Abah dan Ammi.  Jumpa dalam bus je pun.  Sempat gaduh lagi dalam bus sebab Abah curi aircond Ammi.  Eh eh...awak ingat awak sorang je panas? Tapi kalau dah jodoh tak kemana.

Kenal dengan abah buat ammi lupakan dia little by little.  Tak mudah tapi bolehlah jugak lupakan.

***********************************

Setiap hari memang tak henti doa supaya Allah lupakan kenangan manis ammi dengan dia.  Supaya hati ammi ni sentiasa ingat pada suami.  Sentiasa doa supaya Allah tetapkan iman Ammi.  Alhamdulillah, walaupun Abah tak se"caring" dia..tapi Abah suami dan ayah yang bertanggungjawab.  Jarang sangat abah say no to Ammi.


3 comments:

  1. kenangan tu memang susah nak dilupakan..tapi amik masa jugalah kalau nak lupakan...hope akan makin bahagia...
    semua berlaku bersebab,Allah sayang akak

    ReplyDelete
  2. semoga cinta hati kekal selamanya kak

    ReplyDelete
  3. semoga terus bahagia ^^. followed u here #131

    ReplyDelete