Pages

Rendang Paru & Hati

Ammi jarang masak organ-organ dalaman lembu ni.  Tapi memandangkan masa korban haritu abah dapat bahagian dalaman...jadi jomlah masak.

Ada paru dengan hati rasanya.  Abah dok ingat itu limpa.  Abah suka rendang limpa, hati, paru bagai tu.

Jadinya gigihlah ammi cari kat "google" resipi nak buat rendang campur ni.

Baru ammi tau kena rebus dulu organ-organ tu.


Ammi masukkan dalam Noxxa je.  LP kan selama 15 minit.  Ammi letak asam keping macam yang resepi tu suruh buat.

Resepi ni ammi ambil dari Dapur Kak Jee, tapi yang ammi letak kat bawah ni apa yang ammi olahkan ikut apa yang ammi ada kat dapur tu.  Sukatan tu semua main agak-agak je.

Bahan-Bahan
  • Paru
  • Hati
  • 3 senduk Cili kering kisar *
  • Segenggam Cili padi *
  • 2 bijik Bawang besar *
  • 3 ulas Bawang putih *
  • 2 inci Halia *
  • 3 batang Serai *
  • Lengkuas sikit *
  • Santan (ammi guna santan kotak je)
  • Daun limau purut
  • Daun kunyit
  • Asam keping
  • Garam, gula
  • 2 sb kerisik
Cara-cara:
  1. Rebus dulu paru & hati tu sampai lembut.  Potong ikut suka.  Air rebusan tu jangan dibuang nanti tambah-tambah je dalam bumbu.
  2. Kisar halus bahan bertanda *.
  3. Masukkan bahan-bahan kisar ke dalam kuali dan masak dengan api sederhana.  Dah masak sikit, masukkan air rebusan tadi.
  4. Dah separuh kering, masukkan paru & hati yang dah direbus.
  5. Bagi sebati pastu masukkan santan.
  6. Masukkan asam keping, garam, gula, kerisik.
  7. Kacau kerap supaya tak hangit dan berkerak.
  8. Rasa semua dah cukup silalah tutup api.

Gambar tak menarik sebab anak dara yang tolong snapkan.  Tapi rasa insyaallah ada.


Pedas wei rendang ni.  Cili kering tu cili yang pedas gamaknya.  Dah la ammi gatal gi letak gak cili padi.  Ingatkan cili kering tu manja-manja je rasanya.

Tapi ammi cuma cari bahagian paru je.  Yang lain-lain ammi tak reti nak makan.

9 comments:

  1. Sedapnya...akak pun suka rendang campur ni..org NS panggil rendang nasib, x tau la apa nasib yang diorang maksudkan...hahaha...

    ReplyDelete
  2. Mrs. A kalau organ dalaman pun tak suka sangat.
    Ehh! Mrs. A pun suka paru expecially paru sambal

    ReplyDelete
  3. makan panas-panas dengan ketupat/lemang best ni ...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum tuan rumah :)
    Kita dtg nak balas kunjungan.
    Dalam peti tu ada lagi hati/limpa/paru belum berusik. Boleh juga buat rendang nanti.

    ReplyDelete
  5. sedapnya... dana sesekali teringin betul... time raya je dpt buat selalunya...

    ReplyDelete
  6. kalau limpa dia, goreng pun sedap

    ReplyDelete
  7. Paru-paru sedap.. Selalu jugak makan...

    ReplyDelete
  8. suka rendang paru tp tk pernh buat..slalunya paru wat berlado

    ReplyDelete