Pages

Lama tak makan sini

Hari Ahad haritu..rasanya selepas hampir setahun lebih tak kesini untuk bersarapan akhirnya sampailah jugak.  Dulu masa kerja kat KL selalulah juga melencong sarapan kat sini sebelum gi kerja.  Bila dah kerja area PJ memang payahlah.  Weekend pulak ada je benda lain nak buat, tempat lain nak pergi.


Ke Tanglin kita.


Ini favourite dish ammi.  Kuehtiow Kungfu Daging.



Kyra inilah makanan dia.. Mee Kicap.  Pastu siap asing-asingkan sayur.  Haaaa...memang mendapatlah cubitan padu ammi.  


Si bujang kecik 2 ketui ni memang tekak melayu sungguh.  Nasi lemak dimintaknya.

Ok puas hati ammi dapat makan kat sini.  
Thank Abah bawak ammi datang sini.

Note:  Ammi tak gemar pulak dengan "abang" busker pagi tu.  Rasa cam velagak pulak ayat-ayat yang keluar dari mulut dia.  Ishhhh..pada ammi awak cari rezeki, jadi ayat tu biar berpada-pada.  Dari ammi rasa nak hulur singgit dua...langsung ammi simpan je duit tu.  Tak hingin!

Vape itu ...

Kelaut pulak mood ammi nak memblog awal tahun ni.

Haritu ammi mengemas barang-barang dalam laci.  Kena tinggalkan habit suka mengumpul barang ni... kena selalu cakap kat dalam diri I'M NOT HOARDERS!!. 

Ammi ni kengkadang suka nau simpan benda ntah hapa-hapa...paper bag belambak-lambak tapi nak pakai sayang.  Ek elehhhh sungguh perangai ammi ni tau.

Botol-botol minyak wangi yg dah kosong disimpannya.. ko nak buat apa ngan botol kosong tu??? Mohlah dengan berat hati dan tangan campak je masuk tong sampah.

Jadi jumpalah satu barang ni dan ammi letak kat atas meja solek.  Apa content dalam tu pun ammi tak ingat. dah

Sekali datanglah sibujang tembam ammi ni kat dapur masa ammi tengah masak dengan muka bizibodinya...

Khilfi:  Ammi, sekarang ni abah hisap vape ke?
Ammi:  Haaa?? (eh tetiba pulak angin dengar perkataan vape ni).  Ntahlah kenapa?
Khilfi:  Abang nampak vape dalam bilik ammi.
Ammi:  Bring it here, let me see.

Dengan pantas si tembun tu berjalan... macam cikgu disiplin jumpa anak murid isap rokok kekdahnya.

Dan dia bawak benda tu.


Ni ha... inilah vape yang dikatakan.
Eh anak ammi ni tak kenal  rupa pen drive rupanya.  Ahakksssss.

Ammi:  This is not vape...ini pen drive.
Khilfi:  Can write?
Ammi:  No..we store stuffs in here like photos, songs, documents.
Khilfi:  oooooo


Just for Fun

Ammi nampak ni dalam Facebook..jadi nak gak buat.

NO GOOGLING ALLOWED.  Do this using your own brain power ~ Every answer must start with the first letter of your FIRST name.



WEAR - Sandal
DRINK - Sarsi
PLACE - Seremban
FOOD - Sambal
ANIMAL - Sugar Glider
GIRL'S NAME - Saffiya (nama anak sendirilah)
BOY'S NAME - Syahmi  (nama anak sendiri jugaklah)
PROFESSION - Secretary 
WORD TO DESCRIBE SOMEONE - Sengal (hahahah..tak terpikir pulak perkataan in English)
SOMETHING IN YOUR HOME - Saucepan
BODY PART - Shoulder
FIRST NAME - Sharmila

Copy, Paste and Have Fun!!

Balik nanti nak buat game ni dengan anak-anaklah...untuk brush vocab dorang. 

Uniform sekolah dulu & kini

Dah masuk hari ke-5 sekolah baru ammi gigih nak up kan gambar sekolah anak-anak.

Dasar kemalasan pulak ammi lately ni.


Gambar ni ammi ambil on Monday morning sebenarnya.

Berwarna-warni anak-anak ammi tahun ni.

Kyra:  Pengawas Pusat Sumber
Khilfi:  Briged Computer (ammi baru tau wujud jawatan ni hujung tahun lepas masa dapat surat)
Khalif:  Itulah warna uniformnya...dah macam color Christmas ammi tengok.

Zaman ammi sekolah dulu warna uniform cuma 2 je.  Kalau murid biasa, librarian, pembimbing rakan sebaya ke semua warna putih.  Yang membezakan jawatan cuma nametag je.  Pengawas je confirm baju biru.

Jadi masa ammi tingkatan 4 dan 5... ammi jadi pengawas sekolah.  Dan pada masa yang sama ammi jugak librarian since tingkatan 1.  Jadi ammi pakai baju biru dan name tag hitam (utk librarian).  Tamak jawatan sungguh budak Sharmila ni dulu.

Pagi tadi masa ammi keluar kerja lalu kat sekolah kakak & abang, tengok kat padang tu murid-murid tengah PJ.  Ya Allah...tudung murid-murid ni macam-macam warna ada.  Biru pengawas, hijau, purple, kuning air, coklat.  

Macam hari raya pulak.

Tarik nafasssss....lepassssss

Semalam ammi keluar office dalam pukul 2 lebih.  Gi JPN kat Jalan Duta tu jap settlekan hal client office pastu terus balik.  Abah jemput kat LRT, atas motor abah cakap, "rumah bersepah sikit".  Okkk...sikit takpe jangan macam tongkang pecah.

Sampai area rumah ammi tak terus balik.  Gi makan jap, lapar pulak perut ni sebab lunch tadi terkejar-kejar nak settle banyak benda. 

Masuk je rumah macam eh...takdelah sepah pun.  Ok je kat hall tu.  Tersusun elok je.

Sekali ke belah belakang sofa u hambikkkkk (tempat ni biasanya anak-anak buat homework)... and laluan ammi nak ke beranda.


Penuh belakang tu.

Kalau susun elok-elokkan nampak ok sikit.  Ni main letak je kecik besau.  Hadooiiii. 

Abah kata ada lagi satu trip barang nak sampai.  Apaaaaa???????

Dulu abah sewa satu lot kedai kecik kat area rumah ni untuk letak barang-barang kerja.  Tapi atas faktor kegawatan maka abah dah let go kedai tu.  Ni lah dapatnya bila barang-barang kerja abah dah takde tempat nak di"park"kan sementara abah nak assemble semua dan hantar ke site.

Bertabahlah ammi sampai hujung minggu ni.  Tarik nafasssss lepasssss perlahan-lahan.