Perlu ke tukar?

Sepanjang umo Kyra 10 bulan ni..dah 4 kali aku tukar susu.

Mula2 kitorang bagi dia S-26....tapi rasa o-oit dia cam keras pastu busuk melampau kitorang pun tukarlah ke Isomil. Dengan anggapan dia mungkin alahan kepada susu lembu.



Tapi bila dia minum susu ni..sib baik beli tin kecik dulu..tuk testing. Dari mula dia minum sampai ke serbuk terakhir..dia tak berak walau sekali pun...kencing manjang. Pastu pada aku..susu ni busuklah..dahlah mahalkan..pastu busuk..xmo arr

Pastu beralihlah pulak pakai NAN 1. Masa memula beli tu dia lom tukar packaging lagi. So still NAN 1.. harga satu tin dalam 48++. Susu Nan ni xde dlm kotak..so ko kumpullah tin banyak2 kat umah tu. Pastu kali kedua nak beli..dah jadi NAN 1 Pro....harga adalah mahal sikit. So tempat paling murah kitorang dapat adalah kat Tesco..cuma RM50.60 camtu je..kat tmpat lain sume 53++ untuk tin 900 gram.

Tapi terpaksa gak tukar susu ni..sebabnya..mula2 tu stok agak payah nak dapat kat tesco ni..gi giant pun sama..rupa-rupanya dorang nak naikkan harga. Harga runcit kat blakang tin tu adalah dalam RM60++ setin..fuhhhhhhhh..dah kat tesco tu jual dalam 54++....ooooooo ini sudah melampau. Kyra guna lebih kurang 4 setengah tin sebulan..bayangkan. Mungkin ada yang kata aku berkira nak bli susu anak..tapi..aku bukan je kene beli susu...nak beli diapers lagi..duit baby sitter lagi..so memandangkan aku pun dah bagi dia solid food..bulehlah kot beralih pada susu yg agak murah.

One good thing about NAN is...o oit dia sangat cantik..tak keras tak cair. Pastu badan dia pun sedap dipegang. Dia tak nampak gemuk..tapi cam tegap, keras ... camtulah

Lepas NAN 1 tu..aku beralihlah pulak ke Promil. Ni kira adik bradik S-26 gak. Tapi stage 2lah. Susu ni kalo tin yg 900gram tu dalam 43++..pastu kalo yg dlm kotak tu buleh dapat dalam 30.90 kat Tesco. Dah hampir 3 bulan gak guna susu ni..and skrg ni mungkin aku kene tukar susu sebab o-oit dia cair gile...bila dah gulung diapers dia..dah gam cun2 pun elok je kalau salah bawak buleh cicir o-oit dia..dek kerana terlalu cair. Pastu badan dia pun dah tak sekeras, pejal cam masa minum NAN dulu. Huhuhuhu

Aritu ada gak gi jumpa Paed dia..so he suggested free lactose milk cam Bebelac, Similac sume tu. Aku beli gak setin Similac yg kecik tu..tp nampak cam kyra tak brapa nak minum. Nak abiskan 120ml tu pun payah..buleh minum ulang2 lagi.

***************************************

Jadi, kengkawan...susu apa aku nak kasi anak aku minum ni?? Mak buntu.

Setakat arini..aku teringin nak sambung bagi NAN kat dia..tapi tulah..harga tu mahal sgt.

No comments