Khalif oh Khalif

Khalif Syafiq ... kadang-kadang kitorang panggil Ozil.  Kalau ibu babysitter panggil dia Alip.  Most of the time dia pun bahasa diri dia Alip.  Yelah dari umur 2 bulan hari2 ngadap ibu dari pukul 7 pagi sampai 7 malam.  Bahasa dia pun dah macam ibu.  Bahasa orang Muo sungguh.

Dia ni sejenis yang lain sikit berbanding abang & kakak.  Dia buat hal sendiri je.  Kalau dia nak...dia tetap nak.  Bila tak bagi dia guling-guling bagai.  Tapi ada ammi kisah??

Kalau ikut boss ammi, dia kata "he's gonna be a brilliant boy Shila".  Sebabnya tarikh lahir dorang sebelah-sebelah je.  Nak kata diri sendiri tu brilliantlah tu bos ammi tu.

Khalif ni ammi hantar pegi kindy lambat.  Tahun ni baru hantar.  Macam kakak dulu 3 tahun sebulan dah masuk kindy.  Padan muka sapa suruh lahir bulan 12.

Abang pulak hantar masa umur 4 tahun.  Masa Ozil ni..alahai rasa macam dia still baby pulak.

Khalif ni kat rumah langsung dia tak sebut langsung apa yang dibelajar.  Bila suruh dia baca memang dia buat taktau je.  Ammi ni selalu je cakap ngan Abah..."anak kita ni normal ke tidak?".  Menjeling je abah kat ammi huhuhu.


 Gambar pun tak banyak kat FB school dia.

 Tu yang excited bila nampak gambar anak sendiri ada kat FB.  Terus save.


Dia ni sejenis yang malas nak layan bab-bab ambik gambar ni semua.




 Toye je muka dia dengan rambut panjang.  Rambut dia jenis tak lurus.  Mana datang ntah bergulung-gulung ni.


Rimas ammi tengok rambut dia...cantas pendek macam ni.  Kemas sikit nampak.

Dia bab-bab mewarna champion.  Cantik je dia warna.  He can color far better than Kyra!!


Can you please look at the camera son?

Pandai dah anak ammi ni.

Selalunya ammi tak tau perkembangan pelajaran ni macam mana sebab macam yang ammi cakap dia jenis balik rumah thats it.  Don't talk about school gitu.


Mujur sekolah ada buat Parents Meet Teachers (PMT) day.  

 Not bad jugak development dia.  According to teacher dia antara anak yang cepat membaca.  Masa PMT ni dia dah masuk buku membaca 4 together with another 2 friends.  Kawan yang lain masih duduk kat buku 2 & 3.  Alhamdulillah.

Tapi masalah budak ni ialah... dia ANTI SOCIAL.

Teacher kata dia taknak bergaul sangat dengan kawan.  Dia cuma akan hang around dengan kawan satu group meja dia je.  Hadoilah anak.

Balik dari PMT excited dia tunjuk kat abah ammi kertas exam dia. 

Sebak pulak ammi rasa.  Macam tak sangka dia boleh buat sebenarnya sebab kat rumah satu haram pun dia tak tunjuk.

No comments:

Post a Comment