Pages

Kongsi Kerjaya Bersama Suami - Write up by Harian Metro

Pagi Aidil Adha haritu kecoh je kat kampung.  Masing-masing heboh tengok handphone nak tengok write-up pasal adik kitorang ni.  Ini adik bongsu abah yang seibu seayah.  Ni yang nombor 10.  Ammi pun amik kesempatan simpan kat bloglah untuk kenangan kita bila dah tua nanti ye dik.

Ammi panggil dia adik...tapi kitorang ni sebenarnya sebaya.  Sekelas pulak tu masa sekolah rendah.  What a small world kan....


Kitorang nampak pengorbanan 2 suami isteri ni.  Bukan dorang je malahan anak-anak dorang bertiga ni.  Bayangkan selama 9 bulan terpaksa berpisah ngan mama papa, terpaksa pindah sekolah, terpaksa menahan rindu.  

Kitorang adik beradik akan pastikan kalau balik kampung bawak budak-budak ni keluar.  Just nak bagi dorang happy.  Biar dorang lupakan kejap mama dan papa dorang.


Ni ammi cilok dari FB adik ipar ammi.  Dia anak yang ke-11 (hasil perkahwinan Arwah bapak mertua ammi selepas kematian isteri pertama).



Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Ogos 2019 @ 5:00 AM  
Aniza Zainudin (anizazainudin@hmetro.com.my)

MENERIMA tawaran kenaikan pangkat serentak dengan suami pada 2014, antara cabaran terbesar buat Inspektor Noraini Mohamad Jamil dan Inspektor Mohamad Shafie Jeman, 43 sepanjang bertugas sebagai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketika itu, usia anak bongsu baru setahun empat bulan membuatkan pasangan ini berdepan dilema sama ada ingin meneruskan latihan ataupun sebaliknya.
Berkat sokongan antara satu sama lain, keluarga dan teman seangkatan, pasangan ini mengambil cabaran untuk menerima tawaran dan menjalani latihan.
Manakala tiga anaknya ditinggalkan di bawah jagaan kakak Noraini di kampung.

Meskipun bimbang keadaan si kecil yang masih menyusu, pasangan ini optimis apabila memikirkan prospek kerjaya dan masa depan anak.
Menurut wanita berusia 40 tahun ini, berkongsi kerjaya dengan suami mempunyai kelebihan dan kekurangannya apatah lagi mereka berada dalam jabatan yang berbeza.


“Suami berkhidmat di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), manakala saya pula Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur.
“Pada awal perkahwinan, mustahil tiada masalah antara kami, namun kami mengambil pendekatan untuk saling mempercayai, bertolak ansur dan memahami tuntutan kerjaya dalam berkhidmat kepada masyarakat serta negara.
“Keseronokan bagi saya apabila berkongsi kerjaya dengan suami apabila kami boleh bertukar cerita atau pendapat antara satu sama lain.
“Pengorbanan perlu dilakukan ketika musim perayaan apabila saya perlu bertugas, suami akan mengambil alih peranan itu bagi memastikan keseronokan berhari raya kekal bersama anak.
“Jika tidak dapat beraya bersama, kami akan cuti bergilir-gilir.
“Selain itu, kami juga sentiasa mendidik anak supaya belajar berdikari dalam menguruskan hal harian mereka.

“Kerjaya ini kadang-kala mengehadkan masa bersama anak, tetapi ia bukan halangan besar untuk kami menghabiskan masa berkualiti meskipun sekejap,” jelasnya.
Menurut Noraini, dia bertemu suami ketika bertugas sebagai anggota pangkat rendah di Ibu Pejabat Kontinjen Johor, manakala suami di Kuching, Sarawak.
Pasangan ini bertemu ketika melakukan tugas bantuan sebagai penari badan seni budaya PDRM di bawah pengurusan Bukit Aman.
Berkongsi pengalaman sebagai anggota keselamatan, anak jati Melaka ini mengakui bidang siasatan adalah tarikan utama.
Sebagai pegawai penyiasat trafik, Noraini perlu berhadapan dengan mangsa kecelakaan jalan raya dalam pelbagai keadaan, namun wanita ini menetapkan niatnya untuk membantu masyarakat.

*****************************************************************




Ammi pergi masa adik tamat latihan.  Dan disitulah buat pertama kalinya ammi lagi cerah dari adik hahahha.


Bukti ammi pernah cerah!


Rentung berbelang-belang muka dia.  
Sekarang dah lawa balik dah.

8 comments:

  1. wow...besar betul pengorbanan..dengan terpaksa berjauhan dengan anak..kalau SA mmg x mampu la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. saya ni pun tiap kali balik kampung tengok anak-anak dia sebak lain macam rasa. tu yang gi cuti mana-mana memang angkut anak-anak buah tu..

      Delete
  2. Pengorbanan yang besar demi sebuah kejayaan. Tak semua orang mampu. Tahniah untuk keduanya.

    ReplyDelete
  3. Tak boleh banyangkan bila bertugas demi negara dan sesuap nasi terpaksa berjauhan dengan anak-anak...Sis yang surirumah ni pun kalau anak takde, sunyi rasa...
    Besar sungguh pengorbanan mereka suami isteri..

    ReplyDelete
  4. Bjauhan dgn anak tu paling susah, nak2 lagi 3 orang. Tugas yg mencabar, pengorbanan besar. Salute to both of them

    ReplyDelete
  5. itu untungnya ada adik beradik kan..boleh saling membantu dan dapat la juga anak2 diaorg menumpang kasih..tahniah buat Ammi dan keluarga serta ipar

    ReplyDelete
  6. Allahu besar pengorbanan mereka.
    Mrs. A pulak sebak bila tengok gambar anak-anak dia hahahaa...

    ReplyDelete
  7. besar pengorbanan dia terhadap keluarga, semoga dirahmati.

    ReplyDelete