Pages

Hiburan Dulu

Masa ammi kekecik dulu kita takde gadget.  Infact umur ammi 20tahun baru ammi ada 1st handphone.  Brand Ericsson masa tu.  Kira dah gempak sangat masa tu pakai handphone kecik pulak tu.  hahahha..

So ini antara aktiviti ammi dengan adik beradik masa kecik dulu

1)  Main bingo.  Habis buku matematik dikoyak untuk main benda alah ni.

2)  Main (nama, negeri, buah, binatang, benda).  Kira kita kasi satu huruf pastu kenalah isi segala ruang yang ada tu.  Apa nama sebenar game ni tak pulak diketahui.  Biasanya main dirumah atau pun dikelas lepas habis exam.  Sebab masa tu cikgu sibuk tanda kertas.

Contoh:  Kita kena buat B - jadi jawapan dia adalah Badul, Brunei, Bacang, Beruk, Basikal.

Sapa yang bagi jawapan tak relevan kira tak dapatlah markah penuh.


Anak-anak ammi tak reti main ni pada mulanya.  Tapi sekarang ammi dah tunjuk kat dorang.  Harap-harap habis peperiksaan kat sekolah bolehlah budak-budak ni main dengan kawan-kawan dekat kelas.  Kalau kat rumah ammi main dalam bahasa Inggeris... ammi cuma nak anak-anak ni ada extra vocab dan at least tau nama sesuatu buah, binatang & benda tu in English.

Ammi rasa permainan ni membantu daya ketangkasan berfikir, bantu kita peka.  Kan parents?


 3)  Buat bunyi depan kipas.  Ni permainan paling sangap especially bila sparing partner takde or tidur.  Mati akal.


Siap nyanyi bajet ko tu Zaiton Sameon pun ada gak.

Banyak lagi sebenarnya...tapi kita share sikit-sikitlah ye.

18 comments:

  1. main negeri buah benda tu paling fun dulu . Saya pun selalu main mainan tu dekat sekolah bila waktu free dulu . Petang pulak waktu riadah ajak kawan-kawan main teng teng , zero point .Bestnyaaaa waktu budak-budak dulu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestkan.. ammi jarang main teng teng sbb takde kawan pompuan sebaya. jadi banyak main permainan lelaki

      Delete
  2. Replies
    1. seriously? umur brapa ni? hahahah tetiba ammi curious

      Delete
  3. Assalamualaikum,
    Allahu, teringat pula pemainan-permainan yang menjadi hiburan kami anak-anak yang membesar di dekad 80-an. Pemainan dulu-dulu mesti dimainkan secara berjemaah, seongat saya x ada permainan dulu-dulu yang boleh dimainkan seorang diri. Hmm, Kalaulah terowong masa itu wujud...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betulkan, semua kena main berjemaah dengan kawan. bila sorang-sorang tu yg terpaksa main depan kipas je tu.

      Delete
  4. Oo ni kira dah up sikit, kalo permainan dulu2 yg lagi lejen, main baling selipar, baling tin, konda kondi tapi ni main ramai2 di padang waktu petang, kalao time habis exam dalam klas selalu main batu seremban, tak pun borak2 je dgn kengkawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu main jugak tp diluar rumah. yg ni yg main duduk diam2 dalam rumah especially waktu tengah panas merembang and mak tak bagi kluar.

      Delete
  5. betul tuh, main sos guna buku kotak2, anak patung dari kertas siap buatkan baju, main congkak, batu seremban... nostalgia betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. aahkan main sos. lupa pulak ammi permainan ni. yg ni kena guna strategi

      Delete
  6. haha betul..dedua penah buat gak..dulu kan masa bukan zaman gadget..kita explore segala apa yg ada di sekeliling untuk main..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..sampai kepam kuku tangan kaki sbb nak explore mcm2

      Delete
  7. Seronok mainan zaman kira kecik2 kan..anak- anak sekarang mana tau..SA pernah ajar anak dara tu..x best katanya...sedih tau...mentang2 dia celik mata je dah ada gadjet...

    ReplyDelete
  8. Hihihihi. Kreatif mainan dulu2 kan.
    Merasa juga la main game2 tu semua.
    Kalau mainan tradisi, batu seremban & congkak la main dalam rumah.
    Yang lain2 board games macam sahibba, game ular dengan jutaria.

    ReplyDelete
  9. Mengimbau kenangan nih, seronoknya zaman dulu-dulu sebelum gadget. Sehari tak keluar rumah tak sah :)

    ReplyDelete
  10. no 2 tu paling ohsem.. sebab masa tu terserlah kretiviti mencipta nama yang tak wujud.. hahaha..

    ReplyDelete
  11. Yang nama buah negeri semua tu pernah main. tak tahu juga apa nama permainan tu

    ReplyDelete
  12. yezza... ayu dulu pun 1st hp masa dah keja, nokia je. seronok sgt dah.
    semua game tu..memori sgt. but ayu ajar anak2 ayu main..nama negeri tu. diaorang suka gak. sampai mummy tak larat nak layan dah.

    ReplyDelete