Pages

New spec

Birthday ammi hujunggggg bulan 8 haritu.

Boss ammi hadiahkan ammi cash..dia kata "make sure you use it for yourself Sheila! Not for your husband, not for your kids".  Haaa gitu.

Dia kata dia biasa tengok mak dia buat camtu.  Whenever ayah dia bagi duit belanja untuk mak dia..means utk mak dia belanja for herself..... mak dia mesti akan guna duit tu untuk family.  Walaupun duit tu dah dikhaskan untuk maknya.

Nak buat camna boss... gitulah mak-mak.  Gi mana pun akan ingat anak dan suami.

Memula tu ammi ingat nak beli perfume sebab perfume pun dah hujung-hujung botol je.  Tapi memandangkan lately ni ammi selalu rasa macam spec lama dah tak berapa nak berfungsi..ada baiknya guna duit tu untuk buat spec.


Ambik yang jenis frame macam ni sebab ammi ni sejenis manusia yang kasar sikit.  Suka suki je letak spec merata.  Lagi satu kalau guna yang ada nose pad tu sakit tepi-tepi hidung ammi yang kemek ni.

Memula along ammi (ye gi buat spec kat kedai along ammi kerja je kat Seremban tu, untung boleh dapat discount banyak) suggest untuk ambil yang latest design.  Lawa tapi takleh nak tutup bahagian mata yang perlu ditutup.


Nampak, bawah mata ammi tu ada eyebag.  Itulah masalah ammi dari muda sampai ke "muda" ni.  Ni pun kira surut sikit sebab ammi dok massage memalam sebelum tidur dengan serum.  Tapi itu kalau hari ammi ada extra vitamin R la.  


Haa...bila pakai spec takdelah nampak sangat eyebag tu.  

Thank you Aaron! Finally I changed my spec after 4 years.  

Haritu masa buat spec ni baru perasan yang last ammi buat spec tahun 2016.  haha..patutlah kelam suram je pandangan.

Power kanan maintain.
Power kiri & astigmatism yang dah increase. 

Note:  Sesapa orang Seremban nak gi buat spec silalah ke Focus Point kat Terminal One tu ye.  Jumpa Mala kakak ammi.  Sebut nama ammi.  Nanti pandailah dia kasi discount kat korang.  Tapi jangan terkejut sebab kakak ammi rupa dia lain bebenor dari ammi.  

14 comments:

  1. dah lama jg tk tukar spec..baiknya boss Ammi..

    ReplyDelete
  2. Salam .. blog ini ada malware dari supercounter .. pc sy detected kejap ni tadi masa buka. :)

    Oh ya .. garisan hitam dalam blog saya tu mungkin dari iklan Adsense ... ia bergantung pada jenis browser kita gunakan, kalau browser tu ada plugin tak benarkan iklan keluar, mungkin ia jadi penyebab.

    Atau mungkin dari iklan video Innity

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas makluman tu Hasrul. Ammi cuba cari cara nak settlekan masalah statcounter tu.

      Delete
  3. cantik spek baru ammi, bestnya boss ammi tuh... siap bg duit masa bday lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia slalu gitu..tak reti nak bagi barang. dia kasi duit je.

      Delete
  4. Terminal One, tempat SA kerja as a PR shopping Complex 9 tahun lamanya,pengurusan lama tutup..hutang gaji ngan staff lain..sebab tu SA kerja kat KL...tau ada Focus Point just SA lupa sebelah mana kedainya

    ReplyDelete
    Replies
    1. seriously? mesti SA kenal ex-BF ammi hahaha.. dia maintenance kat situ dulu.

      Delete
  5. kawan kita ada sorang jenis pakai spek sebab nak tutup eyebag...tapi spek dia takde bingkai...hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini pakai spec sbb mmg rabun..tp dah alang-alang tu carilah yg boleh kasi cover hahaha

      Delete
  6. Seronok plak akk baca cerita2 di sini, terus follow.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    masih sempat rasanya nak ucapkan hb.. sebut Seremban, teringat masa duk sana dulu tahun 1994

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiiinn.. terima kasih. 94 saya baru nak seat for PMR ahha

      Delete