Pages

:: KLMJ :: Back to 1994

Bosan sungguh harini kat office.

Boss ammi takda pagi ni, kerja ammi dah settlekan. 

Scrolllah Google Photos konon nak delete mana-mana gambar yang no longer relevant.  Yelah gambar kat Google Photos ni ammi auto-sync kan dari phone.  Jadi gambar whatsapp, gambar dari camera, screenshot semua masuk.

Ternampak gambar ni.


Gambar masa ammi Form 3 and that was back in 1994.

Ada 8 ketul je budak Melayu (eh bukan melayu lah.. i mean Muslim dalam tu) dalam kelas 3A.  Yang lain-lain duduk dikelas yang selepas A.
5 lelaki 3 perempuan.
Ada seketul budak lelaki Pakistan kat situ.
Ada seketul ammi disitu yang hasil dari campur India + Jawa.. Melayukah saya?

Yang mana satu ammi agak-agaknya?

Sekolah ni antara sekolah famous dulu-dulu kat Seremban sebab kadar gangsterism, masalah social  yang huhuhu dilevel yang sangat mencanak-canak.  

 Ammi kawan dengan semua orang even yang bermasalah, yang awal pagi kat sekolah lepas rehat hilang, yang pergi sekolah naik bus balik naik motor RXZ, yang mati ditembak polis...tapi ammi hadkan pergaulan, hadkan batas.

And I survived...pandai pilih kawan, pandai jaga diri.  Itulah kuncinya. 

Nama sekolah ni dah jadi sejarah...nama dah bertukar ke nama yang agak gah sekarang ni..prestasi sekolah semakin meningkat.  Baguslah.

13 comments:

  1. Wah.untungnya masih ada simpan gambar lama. boleh imbau2 kenangan bila tgk gambar. kami gambar zaman sekolah banyak dah rosak kena air

    ReplyDelete
  2. Saya tak lahir lagi waktu nie . heheheh

    ReplyDelete
  3. ko sekolah kat mana ni?
    betul..janji kita tau pilih kawan, pandai bezakan..mana baik, mana buruk, mana leh ikut,mana you have to say no.... in sya Allah, semua ok je.

    ReplyDelete
  4. kenangan lama tak mungkin di lupakan...
    ammi yang bertudung tu ke? ke bukan tengok macam ada iras2 ammi tuh...

    masa kat sekolah, kita yang kene tahu batas pergaulan, nk bercinta monyet ke apa janji pandai jaga diri jaga pelajaran... sebab namanya cinta monyet kejap , tahun 1994 masa tu dana baru darjah 6 tau ammi

    ReplyDelete
  5. ammi ni sebaya dgn Tok Ti la kan? Apa nama sek tu?

    ReplyDelete
  6. Sekolah Jalan Loop? SA sekolah STAD..hahahaha.....

    ReplyDelete
  7. Saya di darjah 3 masa ni.. Gambar sekolah lama-lama hilang tah pi mana.. sayang betul.. dapat pun hasil dari kawan-kawan yang sudi share..

    ReplyDelete
  8. masa shu di Kemas lagi kak Sheila. hehehe xboleh nak cari mana akak lah mesti dah berbeza dgn skarang.

    ReplyDelete
  9. Muda sgt ammi ni berbanding Kak Mirror.. 1994 tu Akak dah bergelar remaja trang tang tang.

    ReplyDelete
  10. Eh kita sebaya la kalau form 3 1994. Ekeke. Kenangan sangat kalau ada gambar2 lama kan. Memori terimbas kembali.

    ReplyDelete
  11. Bagus ada simpanan gambar lama lagi. teringat kawan kawan lama bila tengok gambar sekolah

    ReplyDelete
  12. Kenangan zaman persekolahan..
    Pandai pilih kawan dan jaga batas, IsnyaAllah semuanya ok kan Ammi..

    ReplyDelete