Pages

:: Resepi :: Daging Ungkep

Harini ammi ada appointment kat Cardio Clinic, Hospital Serdang.

Tapi nak gak share lauk ammi masak on Sunday.  Yelah bukan selalu ammi masak..ammi masuk konti during weekend je.


Daging Ungkep.  

Ni first time ammi buat.  Ammi google idea untuk masak daging sebab kalau boleh takmolah guna santan bagai.  

Sedap.  Abah & the kids liked it.


Taugeh goreng requested by Kyra.  Bukan senang anak dara ni nak request sayur.  Selalu memang kena paksa makan sayur.  


Terung berlada requested by Khilfi.  Hat bujang ni tolak batu dengan kayu je.  Asalkan bukan tauhu yang lain semua dia telan.

Resepi Daging Ungkep (Simple)
  • 1/2 kg daging lembu
  • 2 sudu besar biji ketumbar (*)
  • 1 sudu kecil jintan kecil (*)
  • 1 sudu kecil jintan besar (*)
  • 1 inci kunyit hidup (*)
  • 1 inci halia (*)
  • 1/2 inci lengkuas (*)
  • 4 ulas bawang merah (*)
  • 3 ulas bawang putih (*)
  • Cili padi (ikut level kepedasan korang) (*)
  • 2 batang serai (*)
  • Garam and gula
Cara
  1. Rendam ketumbar & jintans
  2. Blend rempah yang direndam tadi dan semua yang bertanda (*) hingga halus.
  3. Perap 1/2 bahan kisar dalam daging (ammi masukkan dalam pressure cooker je terus for about 15 minutes nak kasi cepat lembut).  
  4. Panaskan minyak dan tumis 1/2 bahan kisar tadi hingga garing dan wangi.
  5. Masukkan daging, tambah air sedikit dan masak dengan api perlahan.
  6. Masukkan garam, gula.
  7. Biar rasa sebati dan bila dah agak kering siap.

Ammi suka...kata anak jawa kan.  Mestilah suka makanan jawa.
Ammi taktaulah ini resepi authentic jawa or not.  Ada mcm-mcm versi kat internet tu...tp ini yang ammi buat semalam.

Lepas ni mungkin ammi nak try guna ayam pencen pulak ke... sebab rasa macam healthy pulak resepi ni...takde santan.  Silalah substitute minyak masak tu ke coconut oil ke olive oil ke kalau rasa nak lagi healthy.

12 comments:

  1. wah...mcm menariks gak...leh try ni...

    ReplyDelete
  2. Kita tak pernah masak ungkep, baru tahu masak ungkep takyah masuk santan, hehe.

    Pandai plak anak sheil makan terung ya

    ReplyDelete
  3. lama tak masak ungkep daging, biasa buat ayam je... tengok akak up ni terus teringin lak masak daging umngkep...
    kat rumah ni jarang bebeno beli daging

    ReplyDelete
  4. Anak ammi yang boy tu makan pedas .? Same macam sepupu saya jugak , kecik-kecik dah belajar makan sambal belacan . Orang dah warning pedas , jangan makan tapi dia ambik semacam je sambal belacan tu . Siap bertambah pulak tu . Mulut kebal betul . Terung berlada tu saya selalu buat , daging ungkep tu tak pernah try lagi , nampak macam sedap .

    ReplyDelete
  5. sedapnyeeeee.. lame xmkn terung..
    lps baranak dh xleh mkn sbb angin byk sgt.. haha

    ReplyDelete
  6. Boleh tahan lauk pauk ammi masak ye. Semuanya sedap2 nampaknya tu.

    ReplyDelete
  7. Waduh...enak bangat ini..terliur di buatnya...

    ReplyDelete
  8. Balik kampung mesti cari masakan ungkep ni.. Tak pernah cuba lagi. Terima kasih kongsi resepi. 😄

    ReplyDelete
  9. Sedap menu masakan ammi. Unkep masak pedas bertambah sedap!

    ReplyDelete
  10. sedap nmpknya daging ungkep tu

    ReplyDelete
  11. terkenang ayam ungkep.
    aida jarang buat daging.
    feveret!
    makan dgn ketupat. wow!

    ReplyDelete