Dinner - Mihun Kungfu

Cuti sekolah ni abah & ammi tinggal berdua je. 

Last week anak-anak masih ada dirumah...tapi hari-harilah sibuk bila nak gi rumah Muma, bila nak balik Seremban.  Bila dah tinggalkan anak-anak kat situ...alahaiiiiii.  Sunyi pulak rasa bila rumah bersih tak bersepah.  Ammi sapu rumah 2 hari sekali je. 

Semalam abah masakkan mihun kungfu untuk ammi.  Memula abah nak buat mee..tapi ammi tak berapa nak gemar mee kuning.  Selalu kembung perut ni kalau makan mee kuning.

Sebenarnya ammi request nak sizzling noodles..tapi abah kata nanti dia kaji dulu resipinya.  Hahah...silalah buat kajian pastu silalah eksperimen.


Sedap uolls.  Abah buat versi pedas.  Kalau kat kedaikan biasanya tak pedas.

Hebat jugak air tangan lelaki ni.  Ammi sampai sekarang tak reti nak buat telur jadi gitu.  I jeles tau.


Bahagian ammi, ammi kerat dua.  Rasa mcm penuh sepiring pulak abah buat.  I nak kuruslah you...janganlah suruh I makan banyak-banyak.

Baki separuh ni rasanya abah buat breakfast dia kot pagi ni.

Tak sabar nak balik jumpa anak-anak petang ni.  Semalam buat video call dengan anak-anak si kecik tu dah sibuk cakap... "nak balik eight (8)".  

Kenapa 8? sebab kitorang tinggal tingkat 8 hahaha

11 comments:

  1. sedapnya, untunglah akak en suami teror masak macam2

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah sikit2 dana. baru je berjinak2 masuk dapo pak incik tu

      Delete
  2. Kalau dah 18 kali mintak buatkan sizzling noodles tak gak buatkan... mesti kali yang ke 19 nanti abah buatkan untuk ammi... hehhehe... eh buat tutorial sikit acaner buat telur jadi camtu... ker nak mintak 19 kali jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhaha...tp ammi malas nak belajar cara buat sbb kalau dah pandai nanti abah takmo buatkan dah

      Delete
  3. mihun kungfu .? Wow , rasa macam kuey tiow kungfu jugak la kan .? cuma tukar jenis mee .
    Macam menarik dan boleh try buat je mihun kungfu , biasa saya buat kuey tiow je .

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama ammi selalu cakap...apa pon boleh. kita yg buat dia

      Delete
  4. Sedapnya. Fiza pun suka buat versi pedas. kat kedai tu memang selalu tak pedas. Mintak pedas pun tak dibuat pedas. huhu..masak sendiri lagi untung. untung lagi kalau husband masak kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila makan tak pedas ni mcm tak sampaiiiii je kan

      Delete
  5. Bestnya ada yang tolong masakkan....SA memang failed kalau buat Mee Kungfu..SA plak terbalik...suka mee kuning dari Bihun

    ReplyDelete
  6. menu fav ni..nk2 kalo xbrp sihat..husband gk yg masak

    ReplyDelete
  7. Sedapnya Ammi.. Kalau versi pedas sikit nie, puaslah makan ye Ammi..

    ReplyDelete