Pages

Habiskan semua baru buang

Ammi ni rajin gak belikan anak-anak buku latihan.

Masalahnya bila dah terlebih beli...tak terbuatlah pulak.  Bukan aja buku yang ammi beli untuk latihan dirumah, buku latihan disekolah pun macam banyak yang cikgu tak usik.  Motif suruh beli tapi tak digunakan??

Banyak gak buku yang buat tapi tak complete.  Buat separuh. 
Yelah...sehari ada 24jam.  Macam-macam benda nak buat.  Dengan budak-budaknya yang pukul 8.30 malam mata dah serupa panda.  Nak jalan pun tak larat.  Weekend ada je benda nak buat... ammi pun kengkadang malas nak duduk sama mengajar.

So, ni dah cuti sekolah... I told my kids to complete those books.  Sayang pulak rasanya kalau buku-buku tu dibuang tanpa dibuat.  Setakat ni banyak gaklah yang berjaya disiapkan dan ammi tanda. 


Antara buku-buku Kyra yang perlu disiapkan.

Ada je buku dari darjah 1 dulu.  Siapkanlah selagi tak siap.

Kyra:  Ammi...this is standard 1 book, kakak nak masuk standard 6 dah.
Ammi:  Why not? At least you can refresh your memories.  Ingat balik what you learnt and lock it in your memory.


Mula-mula ingatkan nak bagi Khilfi buat buku-buku darjah 1 tu.  Tapi dia ni budak DLP.  
Suruh dia buat Sains & Math dalam BM nanti dia pulak confuse dengan terms in English.  Kalau BM or Agama ammi bahagi jugaklah untuk berdua ni buat.


Anak-anak ammi kat Seremban sekarang ni... tapi ammi tapaukan jugak buku-buku ni untuk dorang buat.  Ammi bagi tau kat Mama ammi..dorang kena siapkan at least 1 buku sehari kalau nak main basikal.  Setakat 6 hari kat Seremban nampak gayanya dorang mendengar kata.  

Tak siap buku, Muma tak bukak gate.  Bila tak bukak gate tak dapeklah nak main basikal.
Nampak gayanya weekend jadi penanda bukulah ammi ni.

Anak-anak... bukan senang untuk berjaya.  Tanpa usaha kita tak akan kemana.

Bergoleklah untuk capai kejayaan, sebab kejayaan tidak akan datang bergolek kat kita tanpa usaha.  Inilah ayat cikgu sekolah menengah ammi dulu.  Ammi ingat sampai sekarang.

Lepas ni bolehlah jual buku-buku yang dah siap tu kat Uncle Old Newspaper tu.  Sian dia hari2 melaung-laung keliling taman takde orang tahan.

7 comments:

  1. Tekun mereka buat dan siapkan..terbaiklah.

    ReplyDelete
  2. bagus jugak kan cara ini, yelah buku tu di beli dengan duit untuk latihan tapi kat sekolah pun tak dapat siapkan, sayang betul. Tapi bagus lah 2 beradik tu dengar kata ammi nya untuk buat kerja sekolah tu

    ReplyDelete
  3. bukan dengar dengan sukarela dana.. dengar sebab konsepnya "korang dengar cakap ammi...ammi dengar cakap korang"

    ReplyDelete
  4. Bagus cara Ammi....patut semua jadikan contoh atas usaha yang sama..macam tu jugak dengan Dania..cuti sekolah ni tak kemana sebab mama kerja kan...kesian gak dengan dia sebab x pi mana..last week SA bawak pi Muar..insyaallah nanti 25hb cuti Krismas SA bawak pi KL berjalan kejap..

    ReplyDelete
  5. aida da sisihkan dah semuanya.
    kosongkan rak :)
    ada Popular sales nanti, nak beli buku for next year plak.

    ReplyDelete
  6. Dah habis buat barulah boleh di sisihkan ye Ammi.. Lepas nie bergantu buku baru pula..

    ReplyDelete