Isu abang Busker

Ada beberapa kengkawang bloggers yang tanya...kenapa..kenapa?

Ni kes pasal abang busker yang ammi rasa nyampah kat Tanglin haritu.

Kat Tanglin ni sebenarnya ada ramai buskers... ada yg group.  Ada yang sorang.  Yang ni yang solo.  Dan solo pun ada beberapa jugak.  Lain orang lain hari mungkin.  Tapi ammi taknak letak nama dia kat sini ye.

Ammi ni biasanya tak kisah pada apa yang orang cakap yang penting "JANGAN BERLAGAK".

Pada orang lain mungkin abang ni cakap biasa-biasa...tapi kat telinga ammi dia macam ehhhhhh sangat dan ayat dia...dia bukanlah tuju ayat tu kat ammi.  Dia bercakap masa selingan antara lagu. 

1.  "Ini pentas saya, jadi suka hati saya lagu apa saya nak nyanyi".  Boleh gitu?

2.  "Sesiapa yang nak ambil saya untuk sebarang majlis, bolehlah visit IG/FB saya.  Semua saya boleh seorang diri.  Saya ada beberapa lagi equipment.  Jangan pandang rendah pada saya yang stand alone ni".  (Krik krik...bangga diri sangat ni bro).  Nada dia tu yang macam ammi kurang suka. 


Adalah banyak lagi ayat-ayat dia.. takleh nak register pulak dalam otak ammi ni. 

Tapi pada ammi, bila dia cari rezeki cara macam ni

1)  Penyampaian kenalah bagus (suara dia biasa-biasa je pada ammi..ok telinga ammi mmg bias.  Sejenis nak suara husky je)

2)  Janganlah syok sendiri bro

3)  Adab kena jaga

4)  Silalah merendah diri bro...sbb ko nyanyi dengan harapan orang hulur ko duit.  Ko bukan memang pasang niat nak nyanyi percuma kan???

===========================

Biasa jelah kan ayat brother ni..tapi sorrylah bro!  Ammi takleh terima ayat berlagak camni. 

8 comments:

  1. kalau dana pun mungkin rasa macam ammi jugak kot, kadang kata-kata kita tu buat orang terpikir banyak kali nk ambil servis kita sebab cara kita memperkenalkan diri yg tak betul... mmg dari nada ayat dia tu, macam angkuh sikit

    ReplyDelete
  2. payah jugak dgn orang syok sendiri ni kan...

    ReplyDelete
  3. Betul tu adab krna jaga especially jika verada ditempat awam Tak semua org Boleh terima jenia cakap mcm tu

    ReplyDelete
  4. dari suka dah buat kita rasa tak suka kat busker tu.
    setuju dgn ammi, jgnlah berlagak.
    rasa krik krik juga ayat dia.

    ReplyDelete
  5. agk blagak la bro ni..
    xleh terima dek akalku.. haha

    ReplyDelete
  6. agaknya ada butthurt dengan busker yang lain ke dia tu ek? haha...kalo nak cakap buat lawak, macam tak kene lak..

    ReplyDelete
  7. Itu lah silap nyer sesetengah buskers ni..SA pun pernah jumpa...suara mmg tak sedap tapi confident dia melampau...elok orang nak bagi dia rezeki terus orang menyampah

    ReplyDelete
  8. Ish.. Berlagaknya.. belum jadi artis lagi.. huhuhu..

    ReplyDelete