Pages

Sehari yang menyiksakan

Posting kalini agak panjang.  Inilah pengalaman ammi untuk procedure Electrophysiology Study (EP) untuk membetulkan semula keadaan jantung ammi yang didiagnos mengalami masalah Wolff Parkinson White Syndrome.

Ini maksud EP tu..ammi ambil dari Google je kot-kotlah korang nak tau.  Procedure dia lebih kurang angiogram je.

An electrophysiology (EP) study is a test performed to assess your heart's electrical system or activity and is used to diagnose abnormal heartbeats or arrhythmia. The test is performed by inserting catheters and then wire electrodes, which measure electrical activity, through blood vessels that enter the heart.

===========================================

23.1.2020 - Inilah tarikhnya jantung ammi akan di"modify".

Pagi seawal 6.45 pagi abah dan ammi dah keluar pergi hospital.  Ammi dikira daycare patient.  Takyah warded before procedure.



Sampai hospital lebih kurang 7.15 pagi perghhh dah ramai dah beratur rupanya.  Ammi relax je lagi masa ni macam takde perasaan walaupun malam sebelum tu agak payah nak tidur gaklah.

Bawak bag pun, beg yang kecik je dengan baju selai buat standby je sebab katanya boleh balik lepas procudure.

Dah daftar semua masuklah ke Day Care Ward.  Nurse tu buatlah apa-apa yang patut.  Pasang drip, buat ECG, tukar baju segala.



Dan dalam 8.30 pagi ditolak ke dewan bedah.  Duduk atas wheel chair je relax-relax chill-chill.  Boleh je jalan tapi apa kes baju tu terbukak kat belakang.  Nak orang nonton tayangan gambar percuma ke hapa kan??



Malu tau..keluar dari ward day care nak ke dewan bedah tu kena lalu tempat orang ramai tunggu amik ubat, amik nombor tu.  Malu acik tau orang tengok macam tak pernah nampak orang.  Mesti orang terkejut..."eh tadi elok je perempuan ni jalan, sekarang dah duduk atas wheelchair".

Masuk dalam dewan bedah tu, dah dibaringkan atas katil, perghhhh masa tu dah start dah libang libu perasaan ni.  Macam mana kalau procedure gagal? Macam mana kalau ini hari terakhir aku hidup? Macam mana kalau semalam hari terakhir jumpa anak-anak?  Ya Allah... menitik-nitik airmata ammi masa ni.  Doctor datang perkenalkan diri pun ammi tak nampak muka doctor tu sebenarnya.  Mata penuh dengan air mata dah.

Sepanjang procedure ammi separa sedar sebab doctor nak tau respon ammi.  Ammi dibius kat tempat untuk dibuat je, iaitu pangkal peha kedua belah kaki.  Tapi kan bius mcm tak bius je tau.  Ammi masih boleh rasa lagi.  Ada monitor yang ammi pun boleh tengok sebenarnya apa yang doctor buat tapi Ya Allah...memang tak kuatlah nak tengok.  Ammi pejam mata zikir apa yang terlintas kat kepala je sampai satu masa tu ammi tak pasti minit atau jam keberapa ammi memang dah rasa sakit.  Sakit yang perghhhhh...takleh nak cakap ammi cuma mampu angkat tangan tepuk-tepuk katil dengan sekuat yang mampu.

Doctor:  Kenapa puan?
Ammi:   S-A-K-I-T!!! mulut nak cakap pun takleh sbb ntahlah kenapa.
Doctor:  Terus doctor bagi instruction kat orang yang dalam OT tu utk additional sedative.

Pastu ammi macam terpejam mata dan dengar segala benda sayup.  Oxygen droppinglah, pamlah, standby la.   Pastu rasalah macam-macam tangan kat kepala, dada, muka.  Seriuslah...kritikal ke apantah ammi masa tu.

Ammi dikejutkan oleh doctor

Doctor:  Puan, Puan...
Ammi:  Ye
Doctor:  (Ni lebih kurang ayat dia) Saya dah jumpa saluran tu dan saya akan bakarlah ... saya akan masukkan circuit lebih besar dan puan akan rasa sakit sikit ye.
Ammi:  Angguk je

Tapi sakit tu tak sikit korang.  Sakit itu adalah SAKIT!!!.  Memang terasa sangat masa wayar tu kat perut, dada segala.  Rasa panas camna ntah nak cakap.

Ada satu ketika tu perut rasa sangat begelodak dan

Ammi:  Saya rasa nak muntah
Doctor:  Patient needs to throw out.  Kalau nak muntah hala ke kiri puan.  (Mungkin sebab dia berdiri sebelah kanan kot)
Tak sempat dorang bawak bekas memang berterabur.  Mungkin kesan sedative kedua tu dan lain-lain benda yang dorang buat masa ammi agak "kritikal" tu kot.

Dalam pukul 1 lebih baru ammi keluar dari monitoring room tu.  Patient kena sedar sebelum dibawa ke daycare ward tu.  Puas nurse tu kejut ammi tapi ammi rasa ngantuk sangat.  Tapi bila ammi dah boleh buka mata lama sikit dorang dah hantar ammi ke daycare ward.  Lega abah bila tengok ammi sampai kat katil.

Abah:  Lamanya, risau saya.  Orang yang buat lepas awak semua dah keluar.
Ammi:  Mampu pandang je pastu terus nangis.  Tisu sungguh ammi ni.

Ammi tak dibenarkan angkat kaki sebab procedure buat kat 2 belah kaki.  Yang belah kaki kanan tu besar lubangnya according to nurse kat monitoring ward tu.  In fact masa nurse transfer ammi dari katil OT ke katil kat ward tu ammi memang nampak darah banyak kat tempat baring.  Ngeri.



(Masih dalam ward day care tengah tunggu untuk transfer ward cardio.  Masih takde katil kosong) Hmmm sabar jelah.


Nurse kata ammi takleh balik, kena warded sehari.  Adoiiiii ingatkan boleh balik.  Tapi yelah ammi pun tak expect keadaan ammi jadi mcm tu.  Yang bestnya ada jiran katil tu dia keluar dari OT pukul 4 petang.  Pukul 7 masa transfer ke ward dia jalan sendiri je.  Dia pun buat procedure yang sama mcm ammi.


Keadaan dalam ward day care.  Tenang je.  Ammi sepanjang masa pegang plastik tu lepas operate sebab rasa tak sedap perut dan pening.


Ammi jadi macam eh kenapa orang lain dibenarkan jalan, duduk, aku takleh?  Penat tau baring takleh  gerak-gerak ni.  Dahlah pinggang memang sedia ada sakit.

Nurse cuba untuk bagi ammi jalan gi toilet dalam pukul 9 malam sebab dia bukak plaster kat luka tu nampak dah kering.  Oklah.  Ammi dah lega masa ni.  Ammi duduk, berdiri dan jalan dalam 7-8 tapak pastu ammi nampak darah kat kain banyak.  Eh kenapa ni??

Terus nurses gelabah bawak ammi baring balik.



Masih nampak lagi kesan darah atas lantai walaupun cleaner tu dah mop.  Menjejeh-jejeh sampai ke hujung tu darah.

Dah takleh nak gi toilet makanya nurse pakaikan diapers jelah.  Tapi ya Allah...ammi ni memang nak kencing cuma macam tak terkeluar pulak bila dipakaikan diapers.  Ammi kena baring setempat dan tempat luka tu diletakkan benda berat supaya pendarahan berhenti.  Dengan nurse yang tekan sikit punya kuat sebab dah mengalir tak henti.  Sakit wei sakit.

Alhamdulillah.  Dalam pukul 4 pagi nurse datang check luka dan dah takde darah.  Kencing ammi pun dah berterabur, basah kuyup.  Ammi nak tido pun tak selesa.  Memang tak tidolah kesimpulannya.  

Bila nurse kata nak cuba gi toilet ke tidak...gila ammi nak kata tak?? Cuba berdiri slow-slow tengok dah takde darah.  Terus tanya nurse...boleh tak nak mandi terus.  Nurse pun ok je siap tolong bawakkan beg ammi bagai.

Mandi (pakai je sabun sapa ntah dalam toilet tu sbb ammi tak bawak apa-apa kot, ada towel muka kecik ngan pencuci muka je dalam beg).  Dengan sabun tu ammi basuh rambut segala bagai.   Nurse dah tukar cadar semua barulah ammi dapat tido.  

Dan akhirnya pukul 11 camtu doctor datang (bukan doctor yang operate tu pun) and kata boleh discharge.  Yahoooo.


Ammi serik dengan pengalaman ni dan kalau boleh taknaklah ada orang lain rasa apa yang ammi rasa unless you guys can bear the pain.  Frankly I am not someone who can bear pain.  Demam pun ammi biasanya akan rasa "leweh".  

Nanti ammi share outcome yang ammi rasa lepas procedure ni ye.  


6 comments:

  1. Allahuakbar...mcm2 dugaan kita ni kan. dah makin meningkat usia. apa pun, take care beb..

    ReplyDelete
  2. ya Allah, ngerinya baca kak... walaupun macam operation yang kecil tapi aduhai dapat bayangkan bila sakit tu... aduhai, mana tak seram bila tengok darah berjejeran tu kan

    teringat masa aiyan buat open sugery untuk jantung dia dulu, 5-6jam jugak dia dalam operation room... kami ni duk macam-macam doa nunggu nak makan pun tak lalu... masa nampak dia lps operate tu lemah lutut mampu nangis je...

    moga Ammi cepat sihat dan terus kuat jantung tu... kekal sihat ammi ya

    ReplyDelete
  3. Allahu. semoga dilimpahkan kesihatan dan kembali sembuh seperti sedia kala. aamiin

    ReplyDelete
  4. Allahu ngerinya ammi. Kita ni sama species ammi, jenis ngeri, tisu segalanyalah huhu.. I can relate

    Speedy recovery ye dear. Moga kembali sihat aamiin

    ReplyDelete
  5. Seram nampak darah..kuatkan hati ya

    ReplyDelete
  6. Allah.. Seram Sha dengar.. Semoga dipermudahkan dan dipercepatkan proses penyembuhan buat Ammi..

    ReplyDelete