Pages

Rambut itu

Ya Allah..rasanya sama je budak berdua ni potong rambut haritu masa PKP.  Tapi kenapalah rambut Khilfi dah tak terurus.  

Ammi masih belum berapa nak yakin lagi untuk nak hantar dia ke barber.

Dia ada projek PJK.  Kena buat kompas pastu hantar gambar ke cikgu.

Tak semenggah betul rupa rambutnya.  Kompas tu pun tak berapa nak semenggah tapi lantaklah.  Itulah hasil kerja budak lelaki umur 10 tahun mengikut apa yang ada didalam otak dia.


Muka pun dah serabai, mata pun dah berair sebab dah pukul 11 malam dah sebenarnya.  Ammi paksa gak dia siapkan homework ni dan hantar sebab dah nak seminggu tak siap-siap.  Apa kes????


Tengoklah rupa rambut dia.  Dah macam K-POP versi mendung.


haaaa kan elok sikit rupa tu.  Dah malam takyah nak sikat dengan minyak rambut bagai.  Pakai air je sudah.

4 comments:

  1. hehehehe... samalah macam aiyan, sehari sebelum raya potong sekarang dah panjang, papa nya lak asik balik malam je abis tak dan nk motong rambut dia

    ReplyDelete
  2. Cantek projek compas dia... Rambut musim PKP ni. Rambut dah jemu duk kat rumah agaknya.. hehehe.. Takpe tak sekolah lagi. Nanti nak sekolah, berebut pulak org beratur g potong rambut ye.

    ReplyDelete
  3. Sama rambut anak bujang Sis juga Ammi...panjang dah, padahal dah besar, boleh je ke barber, tapi dia taknak, tunggu naik Poli baru nak gunting katanya hahahah

    ReplyDelete
  4. Anak-anak sekarang terpengaruh seni KPop 😁.
    Tapi tidak apa-apa berambut gondrong selagi masih libur sekolah 😄

    ReplyDelete