:: 6 :: itulah angkanya

Hari ini 6 tahun yang lalu, lahirlah putera bongsu kami.  Memang kami pilih tarikh ini.  Awal 3 minggu dari tarikh sepatutnya.  

Kenapa pilih tarikh ni?  Asalnya ammi pilih nak hari Jumaat (kononnya nak ambil berkat hari Jumaat).  

Seminggu sebelum (kebetulan Khilfi admitted kat hospital yg sama sbb demam denggi).  Jadi ammi ambil kesempatan berlari (eh ni tipu) ke bilik doctor nak dapatkan consultation sikit.

Dr. Suriati:  Kalau ikut EDD ni, saya takde kat Malaysia.  Saya nak bercuti dengan family.
Ammi:  Ala..lama ke doctor.
Dr. Suriati:  3 minggu.
Ammi:  Bila paling awal saya boleh bersalin doctor?
Dr. Suriati:  37 weeks dah boleh.
Ammi:  Apa kata next Friday, doctor (ammi ingat lagi dengan penuh excitednya ammi usulkan).
Dr. Suriati:  Ala..next Friday betul2 baby dipenghujung 36th week.  Apa kata mommy ambil slot Isnin petanglah.  At least cantik sikit dah 37 minggu.
Ammi:  Boleh.
Dr. Suriati:  Ok, saya set 14.07.2014 pukul 2 ye.

Sehari sebelum kejadian...abah & ammi siap pergi majlis Iftar lagi.


sebesar peti ais dah.

****************************************
14.07.2014 - Itu jugalah tarikh perlawanan akhir piala dunia antara Germany v Argentina.  

Arwah atuk awal-awal lagi (even before quarter final) dah cakap..kalau boy letak nama dia Ozil tau.
Dan kebetulan Mesut Ozil bawak Germany ke final.  Maka ye atuk kita panggil dia dengan panggilan Ozil ye sebab abah & ammi dah ada nama lain dalam otak.

*****************************************

Abah siap tengok final match, sahur dulu (ammi pun makan last sebab tak leh makan dah after 6am).

Pagi dada dah start rasa berdebar...mandi slow-slow, cuba untuk chill tapi gagal dan moh le kita ke Hospital.


Genap 2.20pm.. lahirlah anak ini ke dunia.

Keluar je terus main jelir-jelir lidah camni.  Ingatkan sekali...berkali-kali dia jelir lidah.  
Sampai ke harini dia ada habit jilat2 bibir.  Mama kata arwah Aca ammi pun cam ni gak.  Suka basahkan bibir dengan lidah.


Abang Khilfi mula rasa dia bukan adik lagi.  Setiap hari baju kena sama dengan adik.  Bila takde warna sama mulalah dia cebik2 sedih kat tepi almari.  


Tak banyak gambar semenggah anak bujang bongsu ammi ni.

Ini dengan cousin kesayangan dia.   Kalau tak mungkin tarikh lahir dorang sama gak sebab tarikh si baju minion tu lahir 8/8/2014 itulah tarikh EDD Ozil yang sebenar.

Anak ammi Khalif Syafiq who has just turned 6! 
6 is just a number because it makes you 6 times greater, 6 times taller, 6 times smarter ...

Ammi prays that each moment be kind to you as you deserve it.  
Happy birthday my lil charming boy.






5 comments:

  1. dah besor makin ensem pulak..

    Selamat hari jadi Ozil..

    ReplyDelete
  2. skjap je dh 6 tahun., next yr dh nk sekolah kann., ;p

    ReplyDelete
  3. happy birthday Khalif Syafiq..

    ReplyDelete
  4. happy birthday little hero!!! semoga membesar jadi anak yg soleh. semoga sentiasa dilindungi & dirahmati Allah selalu...

    ReplyDelete
  5. Selamat ulang tahun kelahiran Khalif Syafiq..

    ReplyDelete