Ayam Masak Ungkep

Hari Sabtu lepas tetiba tekak rasa nak makan makanan Jawa.  Ammi adalah 1/2 jawa maka tekak tu bolehlah terima lauk jawa walaupun sedari kecil ammi lebih terdedah dengan makanan style India.

Moh le masak.  Gigih tau tanya resepi dengan kakak sepupu dalam group whatsapp keluarga kitorang.

Bahan:
1 ekor ayam (ammi potong 18 supaya tak membazir)
3 batang serai (dititik)
1 sudu kecil pati asam jawa (dibancuh dengan air dlm 1/2 cawan)
Minyak
Garam dan kawan-kawannya.

Bahan Kisar:
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2-3 cm kunyit hidup
2cm halia
Cili padi (ikut level pedas koranglah)
3 sudu besar ketumbar disangai dulu
1 sudu besar jintan manis disangai (yg besar sikit)
1 sudu kecil jintan putih disangai (yg halus sikit)

Cara:
1.  Perap ayam dengan kunyit dan garam (biarlah dalam 30 minit supaya dia meresap)
2.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit minyak. Masukkan serailah jugak.
3.  Masukkan bancuhan air asam dan biarkan mendidih.
4.  Masukkan ayam, kacau rata.  Tutup periuk dan guna api slow supaya ayam tak kering, dan segala bahan yang lain mesra bersama.
5.  Ayam dah layu (serius tengah pikir the right word).. masukkan air, garam dan perasa.
6.  Ready to serve.



Kurang pedas pulak cili padi ammi..jadi ammi tabur2 je chili flakes.




Untuk yang tak berapa nak cam jintan manis & jintan putih.  Ha ni dia.
Kalau jintan manis yg besar sikit (wangi).  Jintan putih yg halus sikit dan warnanya agak gelap.

Jangan kata anak muda je keliru..sampai harini ammi masih keliru.  Kalau tak ditulis kat luar botol tu huru-hara time nak masak tau.



6 comments:

  1. Suka jer maak lauk macam ni..simple tapi x tau nama dia ungkep..bahan semua sama...

    ReplyDelete
  2. sedap.. boleh tambah dalam koleksi resepi untuk menu ni.. takdela kami asyik masak lauk sama je

    ReplyDelete
  3. Sedap sangat makan nasi lauk ayam masak ungkep. Makan dengan kuahnya yang berminyak itu pun dah cukup sedap sebab sudah sebati dgn rempah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Ammi memang suka lauk yg rich gini. Rasa puas bila makan

      Delete
  4. selalu keliru jintan manis dengan jintan putih.. hehehe..

    ReplyDelete