Berjodoh nampaknya

Last 2 weeks ammi balik Seremban.  Pastu hari Sabtu tu memandangkan Along ammi cuti ammi ni kononnya ajaklah dia gi downtown yang kat Bandar Enstek tu.  Tapi tutuplah pulak mengikut abang ipar ammi.  Jadi kitorang ke X Park kat Bandar Sri Sendayan tu jelah.

Ammi ni sebenarnya nak gi cari seluar bundle untuk si tembam ammi ni.  Seluar basahan untuk pakai kat rumah.  Badan ni dia macam mengembang dengan jayanya.  Banyak seluar yang dah sendat.  Nak duduk pun rasa terseksa.  

Tapi kat X Park ni macam takde pulak orang jual bundle.  Kat situ konsep macam carboot sale pulak.  Pusinglah juga...dalam 15 minit dah settle pusing.

Ada satu kedai ni dia jual pre-loved item.


Ammi beli buku ni pada harga RM3 je.  
Ammi cilok dr internet je gambar ni.

Dah sampai rumah..kelebet2 buku ek eh....owner asalnya macam orang-orang dekat dengan tempat tinggal ammi yg sekarang ni je.


Berjodoh nampaknya kita ni.  Rasanya anggota polis kot pemilik asal buku ni sebab blok tu biasanya polis yang tinggal.

Kalau owner asalnya ada terbaca blog ammi...buku awak selamat sampai ke tangan saya.  

8 comments:

  1. Kat Penang, saya selalu ke Chowrasta Market beli buku2 second kat sana. Macam2 khazanah boleh dicari. Rindu lamanya dah tak pergi.

    ReplyDelete
  2. SA ada novel ni...tapi macam lupa plak jalan citer

    ReplyDelete
  3. murah tu ammi, bestnya baca novel lama yang masih terjaga...

    ReplyDelete
  4. kuseru namamu, whats your name ? hehehhee, sehingga ku dapat seru namamu

    ReplyDelete
  5. aku pun dok nak letgo novel2 lama ku.. he he...nak tambah stok baru.

    ReplyDelete
  6. Alahai.. comel betul, rupanya pemilik buka dekat2 sini je. Teringat dulu, zaman sekolah buku teks ada nama peminjam sebelum kita, ada dapat buku yang jirang pernah pinjam, ada dapat buku yang sepupu pernah guna.. berjodoh betul..

    ReplyDelete
  7. seram tajuk novelnya. selamat membaca ammi

    ReplyDelete
  8. best buku ini, Sha dah baca..
    Selalunya kalau preloved ini, buku-buku yang dah tak ada kat pasaran.. memang seronoklah hunting..

    ReplyDelete