Bharat

Ammi ni jarang tengok cerita Hindustan.  Tengok pelakon gak kengkadang tu.

Hari Sabtu haritu kebetulan TV3 siarkan filem Bharat.  Ammi perasan ini filem baru sebab macam baru je tengok poster dia kat mana ntah.  Tapi macam melekatlah gambar tu kat otak.


Aduhhhh..

Menitik-nitik airmata.  Ammi taklehlah bila cerita pasal perpisahan gaya gini.  

Dulu masa tengok cerita Bajrangi Bhaijan pun sama.  Ammi nangis sampai sesak nafas.  

Salman Khan masih lagi dihati rupanya selain Amitabh Bachan.  

Review Ammi mengenai filem Bharat:

Bharat adalah seorang anak kecil telah diberi tanggungjawab besar oleh ayahnya pada ketika itu untuk menjaga keluarganya yang terdiri dari ibu, dan 2 orang adiknya.  Ayah & seorang lagi adiknya terkandas di Pakistan akibat rusuhan.  Mereka terpisah tatkala adiknya Gudiya terjatuh dan terlepas dari pegangan Bharat ketika cuba untuk menaiki keretapi ke India.  Disebabkan itu ayahnya terpaksa turun untuk mencari adiknya dan menyerahkan tanggungjawab"nya" kepada Bharat.  (Nangislah ammi disitu teresak-esak)

Seperti yang diamanatkan oleh ayahnya, Bharat pun menjaga ahli keluarganya sebaiknya.  Tetapi dalam hatinya masih menunggu janji ayahnya untuk datang ke tempat yang dijanjikan.  Tahun bersilih tahun..bayangan ayahnya tak juga muncul.

Suatu hari girlfriend Bharat ada buat satu program kira macam penyatuan mereka yang terpisah akibat rusuhan India Pakistan 1947.  Ramai yang take part.

Seorang demi seorang dapat berjumpa ahli keluarga.  Bila tiba giliran Bharat...dia dapat disambung dengan orang yang sama nama dengan ayahnya...namun itu bukan ayahnya.  Sedih woooo part ni.

Dan hampir sebulan dan Bharat semakin berputus asa untuk menemui ayah & adiknya..dia dapat panggilan dari UK.  Yessss...itu panggilan adiknya.  Korang rasa apa jadi kat ammi masa ni???

Keseluruhan cerita ni...ammi rasa as usual Salman adalah heart to this film.  Expressionnya, gayanya buat kita taknak bangun.  Walaupun Salman dah tua uolls.

Part kelakar dalam cerita gila kelakar.  

Overall..ammi suka cerita ni.  Sampai bengkak mata.  Tapi cerita ni tak leh challenge kehebatan cerita Bhajrangi la.  

Perempuan yang berlakun sebagai Madam Sir dalam cerita ni lawa rupanya kat luar.  Apsal ammi tengok dalam cerita ni dia cam makcik singa.  Rambutnya mungkin...


Katrina Kaif di dalam Bharat (ammi baru tau wujudnya pelakon ni)


Katrina Kaif diluar filem.  Lawa orangnya.

Tua dah hero ammi ni.  Macamlah ammi masih muda.

4 comments:

  1. menjadi movie Salman Khan..Bhajrangi tu mmg best..Bharat ni ada tengok sikit2..masa tengah berkumpul kt rmh makcik hari Sabtu lepas..

    ReplyDelete
  2. tak pernah tengok lagi citer ni...mesti best ni kan..nak carik la citer ni..masa bila plak dia tayang kat tv?

    ReplyDelete
  3. Sama kita Ammi, cepat tersentuh bila tengok movies yg tema kekeluargaan camni :(

    ReplyDelete
  4. ala tak tengok lah filem ni, dana pun suka lagi layan hero tua dari hero muda-muda... pilih lagi geng-geng khan ni dan hero tua, rasa seiring dengan usia kita hehehhe

    ReplyDelete