Bila kami bertemu

Kaklang naik KL dari JB hari Selasa sebab ada meeting dari pagi membawa ke petang.  Jadi sesiapa yang kat KL moh le kita berdatingan.

Kebetulan Kak Ngah pun ada gak kat KL sebab nak uruskan hal-hal pindah rumah dia.  Gitulah jadi isteri tentera.  Rasanya baru je 6 bulan lepas pindah ke PD tup tup naik pulak pangkat suaminya dah ke KL semula.  Alhamdulillah...rezeki Allah.

Dan kebetulan lagi hari Selasa tu 30.6.2020, adalah hari lahir Adli Shah yang ke-12.  


Tak ambik pulak gambar ngan besday boy..gambar lama pun jadilah.
  

Abam-abam polis kita yang kat depan ni pun kebetulan cuti pulak.  Abam-abam ni anak KakChik.  Jadi dorang ni kira wakilkanlah ibu dorang.  hahahha.. Rajin dorang ni jumpa makcik-pakcik.  Semoga sentiasa gini walaupun dah besar pangkat sok tau.


Kak Lang & Kak Ngah




2 orang abam polis yang escort kereta-kereta kami.  hahahha.  Padahal dorang taktau jalan kat KL ni.  Yelah yang sorang polis kat Klang.  Yang sorang baru je bertugas kat KL jadi belumlah mahir.



Alang & MakLang.  

Sian MakLang..lepas Subuh gerak dari JB dengan anak-anaknya.  Sampai KL dia park anak-anaknya kat hotel pastu dia meeting back to back membawa ke hampir maghrib.  Masa makan pun dah tak lalu nak makan.  Mujur jugak MakLang masih "lalu" nak membayar.


Dak adik pun parking gak anak-anak dia kat hotel tu sbb dia malas nak patah balik ke Bukit Mahkota lepas habis kerja.  Jadi anak-anak bujang kaklang dan abam polislah yang menjaga budak2 kenit ni kat bilik.  


Muka Dadek yg frust sbb ingat dok hotel boleh mandi swimming pool.  Hahhaha


Bagus abang-abang yang membabysit budak kecik ni.  Mujur ammi tak park jugak anak-anak ammi kat situ.  Mau tercabut segala gigi abang-abang babysitter ni bila budak-budak dah bergabung.


Ek ehhhh...motif tangan ammi gitu.


Buatlah mata juling tu Kyra.  


Sama pulak pesen kepala ammi ngan Mak Adik.  Pengaruh rakan sebaya katanya.  Kebetulan ammi ngan adik ipar ammi ni kawan sekelas masa kitorang darjah 1 - 3 kat seremban.  Hhahahah..berapa banyak kebetulanlah dalam entry harini.

Makan bersama-sama sekali sekala itu seronok.  Yang tak seronok bila dah pukul 9 lebih baru ko makan.  Punah IF ammi tau.  Camno nak kempiskan perut ni??

5 comments:

  1. Anggap hari kelepasan untuk IF.hehehehe.

    ReplyDelete
  2. meriah bila dapat berkumpul mcm ni kan...

    ReplyDelete
  3. bestnya..kumpul ramai2 adik beradik anak2 saudara semua...takpe lepas ni sambung balik IF..hehe..

    ReplyDelete
  4. Seronoknya family gathering macam ni...

    ReplyDelete