Bila tulisannya semakin buruk

Semenjak lama tak pergi sekolah, tak menulis dibuku ammi perati tulisan Khilfi semakin buruk.  Bersimpang siur kejap condong kiri kejap condong kanan.  Ishhhhh ini boleh mendatangkan marah ni.

Tak boleh jadi ni..jadi marilah kita denda dia.  Ala-ala zaman ammi sekolah dulu.

Sekarang jarang ammi tengok anak-anak didenda sebegini oleh guru.  Mungkin dah tak sesuai dengan zaman kot atau mungkin ada parents level kayangan yang bising bila anak didenda.

Dulu kalau nakal, bising dalam kelas, tak siap homework inilah tugasan yang cikgu bagi.  Nangislah ko kat situ tulis sampai 3 muka surat.


Ammi suruh tulis 1 page each je pun.  Dah komplen jari kebas, sakit siku bagai.  Siap nangis jejeh-jejeh airmata.  Sorrylah...airmata tu tak laku kat ammi.


Haaa barulah ada rupa sikit.  Ini pun 2 hari baru siap.  Gerammmmmm je mak dia ni.


Yang dalam kotak tu cantiklah sikitkan compare dengan yang atas2 tu.

Ini adalah buku yang ammi suruh anak-anak ni tuliskan their daily online homework.  Tak terfollow ammi kalau tak buat camni.  Mana yang dah siap, ammi dah check memang betul siap baru ammi strike.  Over tak ammi dorang ni??

Lantak disitu.  Ini adalah untuk masa depan dorang jugak.


Ehhhhh tiba-tiba dimukasurat baru...tulisan kembali menjadi buruk.

Apa awak rasa awak nak tulis lagi penuh satu mukasurat Khilfi???


6 comments:

  1. sebenarnya denda macam ni la yang bagus. daripada bagi denda merapu macam jalan itik, berdiri kat luar kelas, saling tampar muka kawan.

    zaman dah berubah denda pun kena ubah la. bagi denda yang boleh improve anak2.Bukan denda yang setakat nak bagi anak sakit dan letih. Buang masa je.

    tapi dari paksa tulis benda yang sama baik suruh buat karangan.Kawan sekelas saya dulu saya tulisan cakar ayam tapi pandai nak mati. best student masa spm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. good idea. tapi nak check karangan tu yg ammi lemah. apa kata ammi suruh dia salin karangan yg memang dah siap. at least dia tau how to construct sentences kan.

      thank you ye utk idea

      Delete
  2. Terbaik Sheila. Kagum dgn kegigihan puan mendisiplinkan anak. InshaAllah berkat kegigihan puan anak2 akan menjadi bila dewasa nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamin. parents mana yang taknak lihat anaknya berjayakan.

      Delete
  3. sekarang cikgu dah tak berani nak denda2 anak.. bagus kak, gigih mendisiplinkan anak2.. latih bantu anak2 cantekkan tulisan.elok la ni sebelum bukak sekolah kan..tulisan dia nampak cantek jugak tu. takde la cakar ayam sangat.

    ReplyDelete
  4. Adoi.. teringat zaman sekolah dulu.. hehehe..

    ReplyDelete