Family kecil ammi

Lupa pulak nak up cerita-ceriti gathering family kecil ammi ni.

Ada satu Jumaat tu ammi balik kerja awal sebab boss tau ammi nak balik Somban jadi dia kata.... "I'm leaving now (pukul 1 gitu) and you may go off by 3.00pm".  Yeeahhhhhaaaa

Malam janji sefamily nak gi makan.  Mula-mula ingat nak gi makan kat Benteng Seremban je sebab dah lama tak makan sup kambing kat situ.  Tapi ala...dah semua ada kita jalan jauh sikitlah.  Makanya kitorang pun ke PD.  Batu 4 kalau tak silap.  Dedekat dengan King's Char Koay Teow tu.


Yang tak ada haritu cuma anak no. 2 along (Daniel) dan anak adik bongsu ammi (Arjuna).



Dorang masak dalam bus kuning tu.


Ini je ahli keluarga belah ammi.
Kyra kata..keluarga ammi sambung 3 meja je dah cukup.  Kalau keluarga abah kena sambung 20 meja baru cukup.



Pilihan tak berapa banyak..tapi takpe.  Makan beramai-ramai dimeja yang sama yang kita nak.

Pssttt...Char Koey Tiow kat kedai bus kuning tu fail.

Ammi ni kan sebenarnya berhasrat sangat nak gi Cameron dengan family kecik ammi ni...masak2 stimbot kat atas tu sendiri pastu makan.  Mesti syokkan.

6 comments:

  1. bestnya dapat gathering dengan family..

    ReplyDelete
  2. biar pun tak ramai tetap meriah... keluarga dana pun tak ramai ada 5 beradik je yang dah kawin 2 lagi 3 bujang lagi... kalau keluarga edy 9 beradik... 6 orang dah kawin cuma 3 je bujang kalau keluar semua memang riuh rendah

    ReplyDelete
  3. seronok lepak2 makan dengan family. tak ramai pun takpe. janji ada. sembang2.. suka sangat suasana tu. boleh tahu segala cerita

    ReplyDelete
  4. Seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai macam nie..

    ReplyDelete