Kek Pisang Kukus

Last week kat rumah Muma Kyra teringin pulak nak kek pisang.  Pagi sebelum abahnya ke Melaka maka dia pun list down barang yang dia nak.  Pandai-pandailah google sendiri resipi sebab tukang urut ammi dah sampai nak lembut-lembutkan balik urat-urat ammi ni.

Senang je resipi dia ni.  Guna blender je & kukus.

Bahan-Bahan
-  5 biji pisang berangan (dilecek)
-  1 1/2 cawan tepung gandum
-  1 sudu teh soda bicarbonat
-  1 sudu teh baking powder
-  1 biji telur
-  1/2 cawan gula (kurangkan pun takpe sbb pisang dah manis uolls)
-  1 cawan minyak masak
-  1 sudu teh esen vanilla
-  secubit garam (ni ammi pandai-pandai je tambah sebab saje suka-suka)

Cara-cara
1.  Ayak tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder & garam (ketepikan)
2.  Masukkan telur & gula ke dalam blender dan blend sehingga kembang.  Dalam 4-5 minit.
3.  Masukkan minyak & pisang yang dilecek.  Blend lagi sampai halus.
4.  Masukkan hasil yang diblend tadi kedalam bekas tepung.
5.  Kaup balik je
6.  Griskan dulang mengukus supaya kek senang keluar nanti 
7.  Kukus selama 18-20 minit.
8.  Sejukkan sekejap dan bolehlah dipotong.


Tepung Gandum + Soda Bikarbonat + Baking Powder + Garam


Telur, Minyak, Gula & Esen Vanilla


Pisang Berangan yang dilecek


Masuk blender and blend je semua.


Pastu kaup balik dengan tepung tadi.


After 20 minutes kukus..

Nampak tak lobang-lobang tu..ganas tak anak dara ammi cucuk pakai garpu.  Orang suruh pakai pencungkil gigi.  


Rasa dia berat.  Macam bread butter pudding pun ada.  

Ammi prefer rasa camni sebab dia tak kering dan tak tercekik ditekak.  Ammi selalu ada masalah bila makan kek pisang bakar & kek span.  Mesti rasa tercekik.


8 comments:

  1. ms pkp aritu prnh try buat.. buat 2 versi.. versi kukus n bakar.. sedap!

    ReplyDelete
  2. Baru je last week aunty buat kek pisang... ngeeee

    ReplyDelete
  3. Sedapnya.. nampak simple, tapi yang simple ni la yg sedap

    ReplyDelete
  4. Sedapnya.. rajin ammi buat kek pisang..

    ReplyDelete
  5. sedaapnya...kenapa la SA x dilahirkan pandai buat kek..

    ReplyDelete