Resipi Jemput-Jemput Jagung

On the way balik kerja hari Khamis dalam fikiran ammi terbayang-bayang cekodok jagung yang penuh dengan ikan bilis, bawang bagai.  Ya Allahhh...imaginasi orang yang kononnya nak kurus ni teruk betul.

Bahan-bahan
- Tepung Gandum (ni agak-agaklah)
- 1/2 biji bawang besar (didadu)
- Ikan bilis segenggam dua (dibasuh)
- Daun sup / daun bawang (dihiris)
- Cili dihiris (ammi letak chili flakes je)
- 1/4 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 biji telur
- Krimer jagung (yg ni je ada kat rumah)
- Garam to taste

Caranya:
1) Kacau je semua bahan di atas.
2) Tambah air sedikit demi sedikit sehingga korang rasa boleh dijemput.
3)  Panaskan minyak, jemput masuk kuali.
4) Balik-balikkan..dan siap untuk dimakan.


Masukkan je semua sekali.


Rupa adunan bila dah mesra.  Cantikkan warnanya


Ammi jemput kecik-kecik je.  Sekecik tuannya.  Ahakkkssss


Lembut isinya uollsss.  Ammi tak pasti apa yg melembutkannya.  Is it soda bika or telur?


Budak ni sebenarnya merajuk dengan amminya ni sebab tak bagi dia pergi jogging dengan abang & kakak.  Sekali bila ammi letak jemput-jemput ni atas meja laju je dia ngendeng-ngendeng.

3 comments:

  1. wah sedap dan menyelerakan... sepingan tu sekejap jee habis..

    ReplyDelete
  2. lama x buat cucur jagung..dap dap. terus rasa nak wat gak. he he he...

    ReplyDelete
  3. MIL Sha rajin buat jemput-jemput jagung nie..

    ReplyDelete