Masjid Agung Sang Cipta Rasa

Ammi menonton rancangan Astro Oasis (slot Laungan Azan ke apa ntah) dan dorang buat dokumentari tentang sebuah masjid di Indonesia.

Masjid Agung Sang Cipta Rasa - namanya aja dah buat ammi rasa best.

(sumber foto dari Google)

Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Agung Kasepuhan atau Masjid Agung Cirebon.  Terletak di Keraton Kasepuhan, Cirebon, Jawa Barat, Indonesia.  Antara masjid yang tertua dia tanah Jawa.  Masjid ini dibina atas usul Putri Pakungwati dan atas dasar itu ianya direalisasikan oleh suaminya Sunan Gunung Jati (Syekh Syarif Hidayatullah).

Ada cerita lagenda disebalik nama masjid ni.

Masjid ini dibina oleh pada sekitar tahun 1480 oleh Sunan Gunung Jati bersama arkiteknya, Sunan Kalijaga iaitu semasa penyebaran agama Islam di tanah Jawa oleh Wali Songo yang melibatkan sekitar 500 orang yang didatangkan dari Majapahit, Demak dan Cirebon sendiri.  Juga menggunakan khidmat Radin Sepat, panglima pasukan Majapahit yang menjadi tawanan.  Kalau baca sejarah...bukan calang-calang ye wali songo ni.  

(ilustrasi wajah Sunan Kalijaga yang diambil dari Google)


Masjid ini dibina dengan mengambil kira ciri-ciri etnik masyarakat yang ada kat kawasan itu.  Itu sebagai salah satu cara untuk menarik masyarakat yang bukan Islam di sana pada ketika itu untuk sama-sama mengenali Islam.

Lagenda

Kononnya dulu masjid ini ada memiliki kubah atau kemuncak atap tetapi kubah itu melantun ke Masjid Agung Banten (yang sehingga kini mempunyai 2 kubah) kerana Masjid Agung Sang Cipta Rasa ni telah terkena sihir yang menyerang para jemaah diwaktu Subuh.    

Sihir itu adalah dari pendekat ilmu hitam yang bernama Menjangan Wulung.  Menjangan Wulung ni dikatakan sering berdiam diri dikubah masjid dan kerana ketidaksukaannya terhadap syiar Islam makanya dia menyebarkan sihir dari yang membuatkan warga Cirebon meninggal saat azan dikumandangkan.  Ada juga yang terdiam ketika sepatutnya mengalunkan azan.  Ada juga yang mengatakan bahawa Menjangan Wulung meletakkan cairan racun di Kubah Masjid (wallahuahlam).  Ramai yang terkorban antaranya isteri Sunan Gunung Jati itu sendiri, iaitu Nyi Mas Pakungwati.

Setelah berdoa kepada Allah, Sunan Gunung Jati mendapat petunjuk bahawa sihir ini akan hilang dengan melaungkan azan yang dilantunkan oleh 7 orang sekaligus.  Makanya beliau memerintahkan agar 7 orang muazzin melaungkan azan secara sekaligus dan ternyata sihir itu berjaya dihapuskan.  Sewaktu laungan azan itu terdengar satu ledakan dasyat dari bahagian kubah yang menyebabkan Majengan Wulung yang berdiri dikubah cedera dan kubah di Masjid Agung Sang Cipta Rasa melantun sehingga ke Masjid  Agung Banten.  Sebab itulah Masjid Agung Banten ada 2 kubah dan Masjid Agung Sang Cipta Rasa ni tiada kubah.

(Ilustrasi wajah Sunan Gunung Jati yang diambil dari Google)


Maka hingga ke hari ini masjid masih lagi mengekalkan azan dengan 7 orang muazzin (dilaungkan pada tiap solat Jumaat).  Sebab tu ada juga yang panggil masjid ni sebagai masjid azan pitu (pitu tu dalam bahasa jawa bermaksud tujuh).  

7 orang muazzin yang melaungkan azan (gambar diambil dari Google)

Rekaan dalaman masjid (gambar diambil dari Google)

(Gambar diambil dari Google)

** Nota:  Penulisan ammi adalah berdasarkan pada dokumentari yang direkodkan di kaca TV dan bacaan.  Kesahihan tentang legenda ni hanya Allah saja yang maha mengetahui.

2 comments:

  1. Alhamdulillah.. Satu perkongsian yang luar biasa.. TQ Ammi..
    Wah, berwajah baru blog ammi ye.. Cantik dan nice..

    ReplyDelete
  2. Sedap nama masjid ni seperti agungnya dilaungkan oleh 7 orang muazzin. seni binaan dalam dan luar pun cantik.

    ReplyDelete