Rindu Abah Je

Ozil duduk kat rumah Muma kat Seremban since sebelum raya Haji.  Kebetulan abah ada meeting kat Johor hari Selasa jadi Abah bawaklah Ozil gi Johor sekali.  Masa balik tu singgah Seremban jap jumpa mak mertua dia..dan tetiba Ozil kata taknak balik KL.  Nak tinggal dengan Muma.  Wahhhhh.

Memandangkan Ozil memang dah diberhentikan dari pre-school jadinya Abah pun tinggalkanlah dia dengan berat hati.  

Selesai Raya kitorang nak balik KL..memula tu dia nak ikut balik.  Tapi tiba-tiba dia ubah fikiran pulak.  Taknak balik nak duduk lagi kat rumah Muma.  Makanya kami pun tinggalkanlah dia lagi sekali.  Sehari dua ok..bila dah berhari-hari semua orang rindu kat celoteh dia.  Lawak spontan dia.

Kadang-kadang buat video call dia nak bercakap.  Ada masa dia taknak bercakap sebab dia moody.  Confuse jap ngan budak ni.  So, long story cut short..hari Jumaat (7/8/2020) habis kerja siap-siap terus balik Seremban.  

Sampai Seremban dia peluk ammi kejap je pastu dia melekat ngan abahnya.  Bila tanya


Ammi: Alip tak rindu ke kat ammi?
Ozil: Rindu sikit je. Alip rindu kat Abah.

Huhhhhhh...sentap mak.

Tapi dia ni memang sejenis yang rapat dengan abahnya dari kecil lagi.  Dimana ada abah...disitu dia park badan dia jugak.

Berkepit sentiasa
Makan pun nak dekat abah je.  Biasanya kalau duduk kat meja makan dia memang duduk sebelah abah.

Ini port paling dia suka.  Bergayut kat sarung abah.  Sampai harini.


Minum susu nak abah juga yang pangku.  


Makan ubat pun nak abah juga yang bagi masa kecik dulu.  Sampai tertido-tido abah melayan.  Kalau ammi memang dah kena cepuk je main-main camni.


Orang lain beriadah kat taman lari-lari...dia tetap nak berkepit takmo turun.

Abah admit kat ward dia runsing tak boleh tidur.  Sudahnya awal pagi ammi siap-siap mehlah berkampung kat dalam ward je.  

Puas betul hati dia dapat duduk kat abah.


Sampai umur dah 6 tahun pun masih lagi camni.  Abah ngaji pun dia nak juga melekat.

Lepas nyanyi2 atas pentas, kawan-kawan turun pentas kumpul sesama.  Dia laju je mata melilau cari abah.



Tak kisahlah rapat dengan abah ke ammi ke... yang penting jadi anak yang soleh ye.  Sentiasa hormat abah & ammi, sentiasa mendengar kata.

8 comments:

  1. anak abah lah dia ye,... gambar last tu tak menahan hahahhaah...
    dengki ke apa ammi nih hhhahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah. ni adik bradik dialah yg edit. padan muka ammi masukkan kat blog

      Delete
  2. Aloloooo... manjanya ye anak abah.
    Tekojut den negok gambar paling bawah tu..hihihiiii!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ammi pun terkejut masa dapat dari adik ipar

      Delete
  3. Haha gambar bawah sekali tu paling best.. hehe...

    Bagus la dia rapat dengan abah dia. Tak kisah dia rapat dengan abah atau ammi, yang penting jadi anak yang baik ya!

    ReplyDelete
  4. aamiin....
    anak abah sungguh yer....

    ReplyDelete
  5. Terkejut tengok gambar yang last tu.. hahahaha..
    Memang anak abah sungguh nie.. comel je dia duk melekat dengan abah tu..

    ReplyDelete
  6. adoi gambar yang last tu tak menahan..kelakar la sis

    ReplyDelete