Sesekali layan tekak & telinga

Hari Khamis lepas (malam raya), ammi dengan abah keluar jap gi Benteng.  Ammi dengan Abah berbuka minum air nescafe o je, solat pastu kitorang gi cari makan kat luar.  Bukanlah takde lauk kat rumah, tapi biasanya kat rumah Muma ni Muma masak sikit-sikit je.  Jadi ammi lepaskanlah anak-anak buah dan anak-anak ammi yang ada kat rumah tu.  Nak masak lain macam malas pulak.

Tapi boleh tak bila dah sampai benteng perut ammi macam kenyang.  Gila berbuka minum nescafe o pastu ko rasa kenyang.  Tapi isilah juga dengan sup kambing sebab takut gak masuk angin ke hapa nanti.

Sambil-sambil tu moh le layan brader Black ni busking.  Haritu suara dia macam tak sihat sangat.  Ammi cukup suka kat suara pesen-pesen husky ni.  


Asal dia nampak je Abah mesti dia layan borak.  


Dia ni dulu melukis potret kat Central Market..zaman-zaman dululah.  Sekarang ni busking je sambil ambil job lukis potret kecil-kecilan.  Dia kata satu potret (satu kepala) dia cuma caj RM30 je.  Murah kot.

Abah tengah recce harga show dia..kot-kotlah nanti ada event yang nak guna busker boleh ambil abang black ni je.

Haritu ammi request dia nyanyi lagu Saleem.. dia nyanyikan ammi lagu Bukan Ku Tak Sudi..tapi kesian ammi dengar suara dia.  Rasa mcm nak suruh dia minum air asam jawa je.  Thank you Abang Black nyanyikan untuk Ammi.


Semoga suara Abg Black sembuh semula.. inilah punca rezeki dia.


5 comments:

  1. Familiar la muka abg black tu..rasanya dia pelukis kan..SA macam ingat- ingat lupa...dia sakit tekak ke ammi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah SA dia pelukis katanya dulu kat CM. Tapi sekarang ni biasanya ada je dia kat Mall sebelah Sri Kelana tu, kat Ampangan, kat benteng. Mana ada orang kat situ adalah dia mencari rezeki

      Delete
  2. eloklah tu, dengar suara dia bagi duit dekat dia pastu dia buat beli dadah.

    ReplyDelete
  3. semoga dia dilimpahi dengan rezeki yang berpanjangan dan diberikan kesihatan yang baik. aaminnn

    ReplyDelete
  4. semoga encik black ini kembali sihat.. Sha pun suka dengar suara yang husky husky ini.. hehehe

    ReplyDelete