Tuduhan itu boleh menjadi fitnah

Ammi dapat komen dari seorang reader blog ammi.  

Kepada reader berkenaan, ammi ucapkan terima kasih kerana sudi membaca blog ammi.  

Haritu ammi ada buat entry tentang Abang Black tu kan.. pastu adalah seorang hamba Allah ni yang ammi tak pasti sama ada beliau adalah perempuan atau lelaki telah meninggalkan komen.  Pada ammi komen itu agak berat.  Maaf kerana ammi terpaksa buat satu entry untuk komen anda sebab ammi rasa agak kesal dengan komen tersebut.

Mungkin juga pengomen ini mengenali Abang Busker ini dengan rapat.  Ammi hanya kenal dia sebagai busker.  Berborak dengan dia sebagai kenalan.  Dia pun mesti tak ingat nama ammi & suami.


Janganlah begitu.

Kalaulah betul pun apa yang pengomen ni katakan, pada ammi Abang Busker ni berusaha dengan usahanya sendiri.  Dia tidak meminta-minta.  Dia tidak mencuri.  Dalam keadaan suaranya yang "koyak" pun dia tetap menyanyi.

Semua orang ada lakukan kesilapan.  Kesilapan kalau berkaitan dengan dadah ni bukan mudah ye untuk diundur semula.  Dia kena kuat, orang keliling dia kena kuat bagi semangat.  Jangan hanya duduk bercakap.  Itu tidak akan membuahkan hasil.

Setakat ni ammi layan lagu2 dia ammi belum pernah nampak dia dalam keadaan lalok.  

Apa yang dia buat dengan duit yang dia dapat dari hasil sumbangan orang ramai itu biarlah dia yang uruskan.  Itu bukan urusan ammi..bukan juga urusan saudara / saudari yang mengomen.  

Ramai je kita tau artis-artis mainstream yang otai yang juga menjadi mangsa dadah..tapi kita masih dengar lagu mereka.  Masih ramai yang beli tiket konsertnya.  Saya yakin pengomen juga salah seorang yang mendengar lagu-lagu otai yang mempunyai masalah dadah ni.  Yang itu takpe ke?

Cadangan saya, sekiranya pengomen mengenali abang busker ni dan berhasrat untuk pulihkan dia, silakanlah berbuat demikian.  Besar pahalanya.  

6 comments:

  1. tak best bila ada orang suka tinggal komen negatif gini kan ammi, kita kadang komen sebab saja nak bercerita dalam ini, kita bagi duit tu ikhlas dia nak buat apa itu antara dia dengan Tuhan... kita ni siapalah nak komen macam-macam kan

    ReplyDelete
  2. Wak setuju dengan pendapat Ammi

    ReplyDelete
  3. kerana mulut badan binasa...kena berhati2 dlm tutur kata n perkataan..

    ReplyDelete
  4. Dia tak mencuri, dia tak menagih simpati mintak sedekah pun..dia usaha dengan kudrat dia..dia beli apa dengan duit dia tu terpulang pada dia tk permu orang amik tau...

    ReplyDelete
  5. Tak suka betul bila ada komen macam ni kat blog. Tak pasal pasal boleh jadi fitnah. Kesian dekat abang tu kalau benda tu tak betul.

    ReplyDelete
  6. Tak sukanya manusia macam ini..
    Entah betul entah tak tuduhan dia nie..
    Tak kisahlah dia nak buat apa pun dengan duit tu.. Sekurang-kurangnya dia berusaha mencari duit dengan menggunakan suara dia..

    ReplyDelete