Ikan Merah Stim versi Ammi

Ikan merah yang dibeli dekat Pasar Orang Asli haritu ammi buat masak stim.  Ini cerita Malaysia Day sebenarnya....tapi sebab ammi busy last week makanya harini baru hegeh2 buat entry.  Ammi buat dua version supaya adil dan saksama.  1 versi pedas untuk syurga ammi, 1 lagi versi untuk manja 3 ketul tu.


1st version yang pedas tebabooommm.

1)  Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, halia, lada hitam, cili padi.  
2) Campur bahan tumbuk dengan hirisan serai, daun ketumbar, sos ikan, sos tiram, daun limau nipis, garam, sedikit perahan lemon dan sedikit air
3)  Stimkan dalam 10-15 minit.  Siap.


2nd version

1)  Tumbuk bawang putih, halia & lada hitam
2)  Campurkan bahan tumbuk dengan 2 sudu sos tiram, 3-4 titik kicap cair, 1/2 sudu sos ikan, garam, serbuk lada sulah, daun limau.
3)  Stimkan untuk 10-15 minit.  Siap.

Ammi suka tumbuk kasar bumbunya supaya kuah tu nanti likatlah sikit.

Ammi steamkan serentak je dua-dua version ni sebab ammi nak cepat siap, cepat makan dan cepat ammi boleh sandar sambil lunjur goyang-goyang kaki dan baca buku.

Sambil dapur sebelah tengah sibuk menyetim...ammi buat sayur simple je kat dapur sebelah.


Fried Siew Pak Choy with egg tofu and garlic.

9 comments:

  1. Best la....SA sekarang suka sangat masak macam ni..stim2, kukus2..best kan...

    ReplyDelete
  2. Sib baik Kak Mirror muncul kat sini time dah siap masak..nasi minyak + kambing.
    Kalau tak menangis kelaparan tgk ikan masak stim Ammi tu.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya nampak ikan merah stim Mrs.Kay nih!

    ReplyDelete
  4. Cara masakan begini lebih menyihatkan, khasiatnya pun banyak!

    ReplyDelete
  5. wow!nampak sedap kukus-kukus ni mmg best..

    ReplyDelete
  6. Waduh sedapnyaaa Ammi... ada ikan merah tu, macam nak buat lerrr

    ReplyDelete
  7. sedapnya ammi oi... sedap menghirup kuah tu pun iya

    ReplyDelete
  8. Sedap ikan merah stim. Isi dia akan jadi lembut dan sedap.

    ReplyDelete