Kesungguhan itu penting

Kesungguhan itu perlu ada..

Perlahan-lahan tak perlu hardcore sangat.  Insyaallah akan ada hasilnya.  Buat masa sekarang ni ammi agak risau gak tengok timbangan budak ni.  Dah 44kg.  Fuhhhhhh.  Ini berat ammi masa nikah dengan abah nak ooooiiiii.



Ehhhh...sibuk pulak cawan ni nak melintas kat tengah.

Balik dari Johor haritu singgah makan kat Jejantan Ayer Keroh...dan terbeli boot bola murah-murah untuk Khilfi.  Lepas ni silalah sambung semula training bola.


Pilih yang ada discount banyak je... tapi bab memilih boot ni bagi jelah kat hero sepanjang zaman ammi.  Dia lebih arif sebab sampai dah umur 47 ni pun masih lagi ada game bola.  Once a footballer, always a footballer.



5 comments: