Pasar Orang Asli Bakar Batu

Hari Ahad sebelum balik ke KL kami singgah sekejap di Kampung Bakar Batu. Ada pasar ikan rupanya disana yang majoriti peniaganya adalah dikalangan Orang Asli Kampung ini sendiri.

Ammi pertama kali tau nama kampung ni masa boss ammi buat kes Pro-Bono.  Antara kes yang dihandle adalah berkenaan dengan masyarakat OA Kampung Bakar Batu, OA Seletar.

Tapi pasal kat sini ada pasar ikan, Abah yang tau.  Even KakLang yang duduk JB pun taktau kewujudan pasar ikan ni.  Kebetulan sebelum MCO abah ada kerja area sini dan tinggal kat hotel area-area sini.  Pagi masa mencari sarapan yang terjumpa pasar ni.  Dah biasa gi pasar makanya abah pun berhentilah recce harga...wahhhhh teruja abah sebab harganya murah sangat banding dengan pasar di KL.  Kalau tanya ammi, memang ammi taktau harga.

Masa kitorang sampai situ dah dekat pukul 10.15 pagi.  Banyak kedai yang dah tutup sebab jualan dah habis.  Tinggal 3 kedai je yang masih buka.


(Pic from Google)



Ammi beli ikan kaci, ikan merah.


Ikan duri juga...terbayang kesedapannya kalau masak asam pedas.

Total damage:  RM93 je.  Untuk 1 ekor ikan duri, ikan kaci, ikan merah dan udang size M lebih kurang 1.3kg.  Murahlahkan.  Ammi cakap murah sebab orang yang selalu gi pasar kata murah.


Yang 2 ketul ni tak dijual.

Anak dara ammi ni nampak je macam dah besar sangat sebab dia lagi tinggi dari ammi.  Umur belum pun 12 tahun dan kalau berjalan tu masih lagi main lompat2 kadang-kadang tu.  Pakai tudung pun tu haaa...masih herot berot.

Ammi dok perati je ada sorang mamat orang asli yang dok senyum2 tengok anak ammi.  Sambil siang ikan mata dia kejap-kejap pandang anak ammi.  Haiipppppp.  Biasa dia tu.


26 comments:

  1. sebab anak ammi manis..kena kepung dah la ammi lepas ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah rezeki Allah bagi yang rupa gini. camno nak kepung acik Syaz??

      Delete
  2. Ya Allah!. Bakar Batu!!.
    Dah lain agaknya skg kg tu.

    ReplyDelete
  3. menariknya ada pasar ikan gitu, ikan nya pun nampak fresh lagilah best bila murah

    kalau dari belakang mesti orang ingat adik beradik tu, tinggi bebeno anak dara tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..ada harapan lepas ni nak pandang dia kene dongak. ini pun dah 7cm beza dari ammi

      Delete
  4. Dulu dulu pernah pergi... masa danga bay belum buat pembinaan dulu pun banyak orang asli kampung danga berniaga kat tepi tepi laut tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama dah tu MY..rasa danga bay tu pun dah lama bertapak. tapi kes tuntutan OA kat area tu masih tak settle2 lagi

      Delete
  5. kita dah lama tak pergi pasar ni sebab rasa harganya dah mahal berbanding dulu, dulu murah ui, sekarang mereka pun dah pandai demand

    ReplyDelete
  6. besar dah anak dara mu...
    lama nya x gi pasar..selalu gi beli kat family store, or mydin or tesco je.

    ReplyDelete
  7. Baru teringat masa lalu area Stulang nak bawa anak2 Jalan ke Legoland masa 4 tahun lepas ada nampak signboard pasar Ikan orang asli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah..kalau pergi pun camna nak beli kan. balik dari berjimba confirm ikan2 tu busuk

      Delete
  8. baguskan..meningkatkan ekonomi orang asli...haha..sempat lg mamat OA tu..hehe..manis anak ammi..

    ni mesti lawyer firm, tau kes pro-bono masa tgk legal drama 'Suits'..huhu..

    ReplyDelete
  9. biasala anak zaman skg badan cepat matured kan ammi..lawa anak dara ammi :)

    ReplyDelete
  10. memang yang berniaga kat situ orang asli je ke atau ada orang tempatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ammi pun tak pasti sebab masa ammi sampai tu byk kedai dah tutup tapi kedai masih bukak memang semua org asli yg berniaga

      Delete
  11. amboi kemain mamat tu..pandang2 kat anak ammi..haha..mamat tu tak tau sebelah anak dara, mak dia..kalau berani, meh jumpa mak dia dulu..haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah ammi perati je mamat tu..bila dia prasan ammi tengok dia terus tertunduk-tunduk. takutlah tu

      Delete
  12. Macam kita kecik2 la Amie kalau ikut mak pi pasar kan...mesti kena jeling- jeling, silap hb bleh dapat ikan harga murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ammi dulu takde sapa nak usha SA..selebet je

      Delete