Peria Sumbat by Ammi

Hari Sabtu haritu teringin sangat nak makan peria sumbat.  Teringat menu kat kedai Nasi Ayam Hainan dedekat dengan KPJ Ampang.  Dulu rajin gak gi makan situ..tapi lately ni rasa cam kembang tekak pulak nak gi makan kat kedai tu.

Takpe kita buat sendiri...boleh ikut tekak sendiri dan yang pasti dijamin halal dan bersih serta dimasak dengan kasih sayang yang meluap-luap.  Over ammi ahaksss.


Inilah hasilnya..

Bahan:
1)  1 biji peria (inilah heronya)
2)  Isi ayam / Udang / Daging (ammi guna minced chicken by Ramly je)
3)  Carrot
4)  Bawang Putih (didadu kecil dan digoreng dengan minyak dulu)
5)  Daun bawang
6)  Perasa
7)  Tepung Ubi / Tepung Jagung (berfungsi utk melekatkan adunan)

Note:  peria dipotong anggaran tebal dalam 1 inci pastu direndam di dalam air garam untuk hilangkan sikit rasa pahitnya.

Cara-cara:
1)  Gaulkan semua bahan 2-7 sehingga sebati
2)  Sudukan ke dalam peria, padat-padatkan.
3)  Sedia untuk digoreng.  Taknak goreng...stim pun boleh.

Cara Membuat Sos/Kuah:
1)  Tumis bawang holland & putih yang didadu kecil sehingga perang dan wangi.
2)  Tambah air, sos tiram, bahan perasa
3)  Ammi tambah juga cili flakes utk lebih kaw dan kick.
4)  Masukkan peria yang dah digoreng
5)  Bila menggelegak, masukkan bancuhan tepung jagung dan daun bawang.
6)  Silalah makan bila dah siap..jangan ditenung je.


Bahan-bahan...kat dalam ni ada additional cili padi hiris sebab dah tau anak-anak mesti tak berapa nak makan..jadi kita buat ikut kesedapan lidah kita jelah.


Dah digaul sebati


Sebelum digoreng.

6 comments:

  1. menarik nih ammi, kalau dana buat ni... yang makannya dana sorang la jawabnya.... hehehe

    ReplyDelete
  2. Nampak menarik la amie..nanti nak cuba la...SA last week buat peria katak tu je..yang peria kambas ni biasa campur dalam masak lemak cili api..

    ReplyDelete
  3. mcm sedap je ni..
    sy xprnh mkn peria sbb dlm pale otak ni dh set peria tu pahit.. jd tkot nk mkn.. haha

    ReplyDelete
  4. Sedapnya kalau buat sendiri.

    ReplyDelete
  5. buat goreng pun sodap kan ammi ^_^

    ReplyDelete
  6. Tak pernah tahu kewujudan menu ni kak. Menarik tu. peria ada isi, kurang sikit rasa pahitnya tu kan.

    ReplyDelete