Tragedi Hari Malaysia

Ini adalah kejadian tidak diingini sehari sebelum Hari Malaysia.

Plan asal..pagi Hari Malaysia kita nak ke Zoo Negara.  Last ke sini masa Khilfi masih duduk dalam stroller.


Baru lepas dicukur jambulkan masa ni..botak je.  Kyra pun bukan main cheeky lagi time ni.

Tapi tulah...kita hanya merancang tapi Allah yang tentukan.

Di hari Selasa (15.9.2020) tu dijadikan cerita abah tak masak dinner.  Sebelum maghrib abah dah tapaukan sesiap and ammi mengemas apa yang patut di dapur.  Anak-anak ni biasalah..minum air pastu bersusun cawan kat dapur.  Bukanlah reti nak basuh terus.  

Plan asal nak makan lepas maghrib..at least takdelah terkejar-kejar makannyakan.  Tapi si budak Khilfi ni kata dia lapar sangat laju je dia ke dapur ambil mangkuk.  He ordered Kueh Tiow Celup.  Ammi dah cakap tunggu jap lagi ammi buatkan.  

Tau-tau je jap tu in less than 2 minutes dengar dia terjerit-jerit cun-cun pulak surau kat bawah tengah azan.  Ingatkan dia main ngan adiknya (geram gak ammi)..rupanya sup tu tertumpah atas peha dia.  Ya Allah..

Laju-laju ammi buka seluar dia..bawak dia ke toilet dan dudukkan dia bawah air.  Merah teruk gak pehanya.  Mujur tak kena kat "bird".  Lamalah dia duduk bawah air tu.  Ammi sapukan gel aloe vera bagi sejuk sikit..pastu dia tepek ice pack yg ada dalam fridge tu.  Apa-apa jelah janji dia rasa kurang panas.



Dah elok dah pun.  

Hari Malaysia kami dihabiskan dirumah jelah... melayan ouch, arghhh dia tu.  

Tapi malam relax je ikut kitorang gi makan sushi..hilang jap dengar dia terouch ouch ouch.  Drama sangat budak ni.

11 comments:

  1. aduh ammi., kesiannya dia... mesti ammi rasa ralat kan....
    takpe khilfi kan hero, mesti kejap je dah elok dah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ralatlah juga sebab dia mmg dah kata lapar sgt..tp ala..solat 5 minit je pun

      Delete
  2. laa., mugo cepat semboh tuuu.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah sembuh dah anak lanang ammi ni..tinggal lagi tengah gatal2 je kat keliling luka tu sebab nak kering

      Delete
  3. Aduhaiii lecur jugak tu. Semoga cepat sembuh lukanya tu

    ReplyDelete
  4. Allahu..moga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  5. thanks semua yang mendoakan. Alhamdulillah Khilfi dah elok dari lecurnya. Tinggal tergaru2 je kat tepi2 luka tu

    ReplyDelete