Bila ini je yang ada

Lately, ammi macam malas je nak ambil gambar.  Masa masak tu dalam kepala dok fikir..oklah nanti bolehlah ambil gambar recipe nak jadikan entry...tapi kesudahannya makan je terus tak snap sekeping gambar pun.  Gambar ni ammi snap hari Sabtu (17.10.2020) gambar terakhir sebelum gambar ni adalah yang masa hantar Kyra pergi buat ujian PKSK dia (13.10.2020).  Nampak betapa hilangnya keghairan bergambar.





Abah gi pasar pagi Sabtu tu dengan harapan nak beli ekor. Teringin nak makan sup ekor katanya. Ammi pun pikirlah nak buat Thai style.


Sekali balik...ekornya takde. Dia bawak pulang tulang je. Tulang pun tulanglah janji ammi Thai-kan dia.



Fried broccoli with egg tofu & extra garlic.  Ozil suka sangat dengan lauk ni. 



Terung bakar bersumbat telur & cili.

Ammi terliur sebenarnya tengok video masakan kat IG AdikFoods.  Esoknya terus buat.  Tapi tulah gelojoh sangat ammi ni...orang tu letak tomato dan macam-macam bahan lagi.  Ammi tak letak pastu kering je ammi punya.  Belasah jelah janji Abahnya and Khilfi kata sedap.

10 comments:

  1. dana pun suka layan ig adikfoods tu kak...
    menyelerakan semua menu akak tu... terung tu pun nampak menggoda, baguslan ozil suka makan sayur... kalau aiyan, boleh buat gaduh hahahha

    ReplyDelete
  2. mood kita memang kekadang gitu.. teruja skejap lepas tu xdak mood. naik turun hehehe.. janji makan sedap =D

    ReplyDelete
  3. Nmpk sedap je ammi... selalunya sy pun mcm tu... plan nk letak resepi lah bagai alih2 malas nk ambik gamba.. hahaha... skrg lagilah x ambik gambar langsung dh... hihi

    ReplyDelete
  4. yum yum..semua pun nampak cedap. aku pun ada tgk resepi terung bersumbat cili & telur tu... aku pun nam wat la konon2..sekali aku grill terung. tgh maska bolognese sauce, aku curah je atas terung tu... ha ha ha..pun boleh. malas nak blend cili ...

    ReplyDelete
  5. Betul tu. Ada kalanya mood nak ambil gambar tenggelam ke laut. Takpe, pelan2 kutip semula mood itu.

    ReplyDelete
  6. sedap2 semua menu..sup Thai mmg sedap..ada rasa masam2 sikit..

    ReplyDelete
  7. Hehe adikfoods punya resepi semua sedap2!! Kadang2 pun cik tk buat dan menjadi!

    Pasal keghairahan bergambar tu, kadang2 akan berlaku.. nanti okay la tu

    ReplyDelete
  8. betul tu ammi. kadang memang tak de mood nak snap pun. Kena ada mood baru lah gigih shoot. lama tak makan egg tofu.huhu

    ReplyDelete
  9. Sedapnya terung bakar tu.. meh anta sikit kat Sha.. hehehe

    ReplyDelete