Bubur daging PKPB 2.0

Hari Jumaat selain buat buttermilk chicken ammi buat bubur jugak. Sebenarnya dari hari Rabu Ozil dah sibuk ajak orang gi makan bubur.  Dia memang penggemar bubur.

Ayat dia mengajak tu macam..

Nanti kita pergi makan bubur nak?
Kita makan bubur nak tak?
Abah nak makan bubur tak?

Mana boleh keluar waktu-waktu PKPB ni.  Jadi buat jelah sendiri.  Cuak gak sebab tak pernah buat sendiri bubur atas dapur.  Biasa pakai noxxa atau orang lain je yang buat.  Tapi kang kalau pakai noxxa mana nak cukup sampai ke malam.  


Ammi tak ada beras biasa kat rumah..guna jelah beras nasi impit ni.  Ammi guna 3 bungkus size besar tu.  Buka bungkusan basuh.  Takkan nak masak je ngan plastik..nanti tak jadi bubur uollsss.

Itu sebenarnya ayat mama ammi. Ammi call mama sebelum masak. Pastu mama cakap camni....

boleh je guna nasi impit tu tapi Shila bukaklah dulu plastik. basuh berasnya.

Nampak tak betapa mama masih anggap anak dia yang umur dah 41 tahun ni tak reti masak.  Huhuhu.  I sedih mama.



Bahan tumisan.  Bawang holland, bawang putih, halia


Kalini buat letak daging.  Selalu kalau kat rumah mama, mama letak spare part ayam.  Kaki, leher, tulang-tulang.


Kawan-kawan penyeri majlis.  Carrot & ubi yang didadu


Mula-mula tumis bawang & kawan-kawan.  Dah wangi masukkan daging.  Daging dah tukar colour sikit masukkan carrot & ubi dan juga batang daun bawang.  Cantik pulak nampak berwarna-warni


Dah layu sikit bahan tumisan, masukkan beras yang dah dibasuh, goreng-goreng sikit pastu ammi terjunkan air rebusan daging yang abah dah sejukbekukan kat freezer.  Haritu abah rebus daging jadi air rebusan yang terlebih2 tu abah simpan.  Bagus mendengar kata suamiku ini.


Hasil bubur yang dah siap.  Ozil suka.  Pendek kata semua orang sukalah.  Kalau tak suka nasiblah.  Ammi tak masak nasi.  Makan je suka ke tak.


Buat juga lauk ikan bilis ni.  


Sambal terung.  Cili dia nampak sikitkan uolllss..tapi pedas meraung.  Abah, ammi & Khilfi je yang makan.

Ammi makan pun rasa pijar je bibir.  Tulis kat kedai masa abah beli "kurang pedas"..tapi bapak pedas cili ni.


Ni ha buttermilk tu buat makan dengan bubur.

Inilah rezeki kami di hari Jumaat nan indah.  


12 comments:

  1. Mak aiii...sedapnya..terus rasa nak buat bubur macam ni plak...nampak sedap ikan bilis goreng tu...fav tu..tapi x leh makan selalu..naik kolestrol

    ReplyDelete
  2. dah ala-ala bubur lambuk ye ammi cuma takde rempah je... sedap nya... makan gitu je takde lauk sampingan pun dah layan ni

    ReplyDelete
  3. selalu wat bubur ayam je, leh try ni....tq share resepi

    ReplyDelete
  4. Sedapnya nampak bubur nasi Ammi tu.

    ReplyDelete
  5. kalau dapat tu, 5 mangkuk saya boleh telan hihik

    ReplyDelete
  6. meriahnya masak-masak... semua menyelerakan... letak serbuk kurma sikit sedap tu

    ReplyDelete
  7. bubur daging sedapppp...menu buttermilk lama tk masak..anakdara suka udang buttermilk

    ReplyDelete
  8. Alamak!. Terliur la plak mlm2.
    Thanks Ammi for sharing idea guna beras nasi impit tu. Selama ni tak terpikir plak nk buat bubur guna tu klu lupa nak beli broken rice.

    ReplyDelete
  9. Sedapnya.. tak pernah lagi sha guna daging buat bubur.. Nak trya lah nanti.. tq share resepi Ammi..

    ReplyDelete
  10. Nikmat lain macam dapat makan bubur. Ye lah kan, bubur tu orang anggap untuk orang sakit je. Tapi sesekali dapat makan tu memang best lah. cepat kenyang pun ye.

    ReplyDelete