Daging Goreng Thai Style

Siapa yang rajin sila cuba resepi ni.  Ammi pernah buat masa PKP dulu..family suka.  Resepi ada pedas, manis, masam complete.

Bahan-bahan Perapan Daging
  • Daging (ammi agak-agak je untuk makan 5 orang)
  • 5 sudu besar biji ketumbar (sangai dan tumbuk)
  • 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • garam secukup rasa
Bahan Sos
  • 2 sudu besar beras (disangai dan ditumbuk)
  • Serbuk cili thai (ammi guna chili flakes je)
  • Gula somtam (ammi sagat gula melaka je).  Letak gula putih pun boleh
  • 2 sudu besar perahan limau nipis
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • 3 ulas bawang kecil dihiris halus
  • Sos ikan / sotong (agak-agak)
  • Hirisan daun ketumbar 
  • Hirisan daun bawang
Bahan Menumis
  • Butter
  • 5 ulas bawang putih (dicincang/ditumbuk) ikut sukalah.

Cara-caranya
  1. Perap daging dengan bahan perapan diatas.  Ammi perap dalam sejam.
  2. Siapkan bahan sos (campur je semua dan gaul).  Rasalah masam manisnya ikut selera korang.  Ketepikan.
  3. Panaskan kuali, masukkan butter pastu tumis bawang putih hingga wangi.
  4. Masukkan daging yang diperap tadi.  Wangi ketumbar tu jangan ceritalah.
  5. Setelah daging tu empuk, tuangkan sos yang korang dah siapkan tadi.  Gaul rata.
  6. Biar dia mendidih jap, taburkan daun ketumbar lagi sikit.
  7. Siap.


Cantik menarik kau memang de bombbbb.
Letak dalam wrap pun sedap gak.


Rupa daging lepas ko masukkan dalam kuali selepas tumis bawang putih tu.  


Beras yang disangai.  Jangan lama sangat kang hangit pulak.


Tumbuk jangan halus sampai jadi tepung.  Biar dia kasar-kasar sikit.  Kiranya sebutir beras tu biar jadi 4 bahagian pun dah ok.



Ni 5 sudu besar ketumbar yang ammi sangai.  Memang banyak tapi sedap.


Tumbuk dia yeeehaaaa..nakal sangat kan dah kena tumbuk.


Sampai jadi gitu.

Gambar sos yang ammi prepare lupa nak snap.  

16 comments:

  1. nampak sgt menyelerakan wei....

    ReplyDelete
  2. sedap nmpknya tu...mkn ngan nasi panas2 yummyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..buat ni first time msa bulan puasa haritu....berselera dan tak sempat bawa ke sahur

      Delete
  3. oo..sedap nih..first time dgr gula somtam..dah lama tk mkn somtam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ammi pun first time dengar tp org yg bagi resepi tu kata tukar gula lain pun boleh..

      Delete
  4. menarik nih ammi, bila dah siap tu menariknya... boleh cuba jugak nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap cuma renyah bab nak sangai tumbuk tu lah..tp cara masak dia simple je

      Delete
  5. Todiaa bila nak pos mai sini

    ReplyDelete
  6. Sedap ni. Masakan Thai memang saya suka sangat!

    ReplyDelete
  7. Mantappp... Itu ketumbar sangai apa sangrai mbak? Trus di tumbuk ya, setiap masakan kalo berhubungan dengan ketumbar rasa nya pasti enak, makasih resep nya mbak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangai tu artinya digoreng tanpa minyak Andy

      Delete
  8. Wow sedapnya...tgk.gambar pun dah sedap ammi

    ReplyDelete
  9. Sedap ni Thai style. macam-macam rempah ratus ada tu, manis masam sekali dengan kerangupan beras.

    ReplyDelete
  10. sedapnya ammi.. meh la anta sikit kat sha.. hehehe..

    ReplyDelete