Jangan Singgah katanya

Selangor dan isu air berpisah tiada.

Ada kawan ammi dalam group kata..."aku rasa pipe kat Selangor ni dibuat dari kacalah, manjang je pecah".


Nakal ye kamu Megat..

Dan dalam group-group yang lain pulak sibuklah bergurau-gurau pasal isu air Selangor.  Contohnya macam di atas ni.  Isu ketiadaan air ni tak mengganggu ammi sangat sebab ammi tinggal di KL (rumah ammi dekat dengan Kem Sungai Besi jadi sepanjang 16 tahun tinggal di situ baru sekali je memang terputus bekalan air).  Selain dari itu walaupun taman sebelah ammi takde air rumah ammi tetap ada air.  Alhamdulillah.  Bersyukur dengan nikmat ini.

Tetapiiiiii, ammi kerja di Petaling Jaya, Selangor.  Semalam masa nak keluar dari office dapat memo ni dari Management Office.


Mujur harini dan esok turn boss ammi kerja.  Ammi nak chill-chill duduk dirumah sambil baca novel.

Nota untuk orang-orang dari negeri selain Selangor.  Korang jangan nak eksyen sangat yek...kang org Selangor sumpah korang nanti baru tau.  Hahahhaha..jangan main-main dengan sumpahan orang yang teraniaya ni.  

9 comments:

  1. huhuhu..bertabahlah orang selangor, kami di negeri lain mendoakan agar cukuplah hendaknya air kalian untuk keperluan asas seperti istinjak hihi

    ReplyDelete
  2. Kesian org selangor... isu air x pernah setel dr dulu lg

    ReplyDelete
  3. tulah kan, selangor dengan masalah gangguan air takde pengakhirannya...

    ReplyDelete
  4. Sabah pun tidak terpisah dgn isu air 😅

    ReplyDelete
  5. Semoga isu air ini cepat selesai

    ReplyDelete
  6. makin kerap plak.. semoga semuanya cepat ok..in sya Allah

    ReplyDelete
  7. Selangor dan masalah air berpisah tiada. ada je masalah air. Harap pihak bertanggungjawab selesaikan masalah yang dah bertahun tahun ni kan.

    ReplyDelete
  8. Nasib area rumah sewa SA x kena pun...

    ReplyDelete
  9. adoilah.. ada je bahannya..
    Apa pun semoga keadaan air di Selangor kembali pulih..

    ReplyDelete