Kes Sporadic

Apa itu Kes Sporadic?

Kes Sporadic merupakan kes seseorang itu tidak mempunyai sejarah perjalanan dan tidak ada berhubung dengan kontak rapat COVID-19, tetapi dia telah disahkan positive COVID-19.


Bagaimanakah dia boleh dijangkiti?

Jangan ambil mudah penyakit ini walaupun kita tidak keluar dari rumah. Virus ini amat berbahaya. 
  • Ibu-ibu harus pastikan kebersihan menjadi amalan semua ahli keluarga. 
  • Jangan selalu berkumpul dengan jiran atau ahli keluarga dalam kelompok yang ramai. 
  • Yang balik dari pasar mesti basuh tangan, dan mandi sebelum berdekatan dengan ahli keluarga. Elakkan risiko kebarangkalian kita dan ahli keluarga kita dijangkiti. 
Jika ada rasa sayang yang mendalam kepada ahli keluarga, semua ahli harus prihatin dengan virus Covid-19.


Banyak kemungkinan untuk kita dijangkiti secara tidak disedari.  Contohnya: 
  1. Kita berada di pasar raya atau pasar basah
  2. Orang yang pembawa virus bersin atau batuk
  3. Virus itu pun boleh kena kepada kita walaupun kita pakai penutup muka
  4. Pulang ke rumah, kita tidak terus bersihkan diri.  
  5. Kita terus memasak dan buat kerja itu ini atau lepak menonton TV.  
Harus diingat, kita tidak akan terus sakit tetapi kesannya hanya diketahui setelah 14 hari, kita pun tak ingat tempat yang kita kunjungi.

Jagalah diri, hargailah nyawa.

Duduk di rumah memang selamat tetapi kalau kita asyik keluar ke sana ke sini, kita mungkin tidak selamat.  Oleh itu, kurangkan pergerakan. Ingat, jika seorang kena, mungkin semua ahli keluarga kita akan kena juga. Kalau tak nak, sila jaga diri betul-betul semasa tempoh PKP ini.

12 comments:

  1. Take care everyone.
    Moga Covid ni segera hilang dari muka bumi.

    ReplyDelete
  2. Semakin seram...sesiapa pun ada kemungkinan kena.

    ReplyDelete
  3. Stay safe semua. Btw, terima kasih infonya. sangat berguna ;D

    ReplyDelete
  4. betul kak Ammi..terima kasih sbb ingatkan..

    ReplyDelete
  5. risau betul kan.. moga dijauhkan lah

    ReplyDelete
  6. Ini sangat merisaukan lagi. Harap tak ada yang leka. Duduk rumah je lah gini sementara belum reda ni

    ReplyDelete
  7. risau kan ammi, stay safe ya sis ;)

    ReplyDelete
  8. kes sporadik ni paling bahaya kan...menunjukkan virus tu ada dimana2 saje...

    ReplyDelete
  9. Seram la kes sporadik ni. Sama2 lah kita semua ambil langkah berjaga-jaga. Stay safe ya!

    ReplyDelete