Membaca jambatan ilmu

Assalamualaikum, salam Sabtu.

Membaca jambatan ilmu.  Dulu masa kekecik suka buat poster gini kalau waktu Pendidikan Seni.  Janganlah kata ala baca novel bukan boleh membawa kemana pun.  Janganlah begitu..kadang-kadang ada author yang sangat bagus.  Dia buat research, dia guna terminologi yang sesuai, dia ceritakan secara spesifik dan itu semua membantu meningkatkan knowledge kita. 


Ammi beli bahan bacaan ni dari kawan ammi.  Akibat covid ni dia dan few other of her colleagues terpaksa diberhentikan. Tak terbayang kalau perkara ni terjadi kat ammi.  Umur dah banyak ni bukan senang nak cari kerja baru. 

Back to the books..kawan ammi ni memang penggemar novel.  Kebiasaannya kalau dah settle membaca dia tak simpan dirumah sebab takde space jadi dia simpan je di ofis.  Kebetulan office dia luas gilersss.  Jadi bila dia di retrenched nak bawak balik buku2 tu ke rumah dia, nak naik tangga semua memang sadislah.  Dan dia buat keputusan jual je buku2 dia. 

Ammi pun ambil kesempatan beli.  Yang cintan cintun ammi tak minat sangat sebenarnya.  Nak yang thriller takde jadi ammi mintak je dia suggest.  She suggested these 3 books and she sold all 3 to me for only RM25 including postage.  Ya Allah.. murah ya.


Marilah membaca disamping tengok berita yang takde kesudahan di Astro Awani.  Bilalah masalah politikus ni selesai.  Bosan mual muak jelak. 

6 comments:

  1. memang muak jelak semua ada dengan isu sekarang...*menguap

    ReplyDelete
  2. Murahnyaaa dia jual 3 rm25 😍 alhamdulillah rezeki

    ReplyDelete
  3. Kesiannya kawan tu. Mampu bersabar ajelah di waktu-waktu sekarang ni

    ReplyDelete
  4. Jangan Ganggu jodohku tu best Ammi.. hahaha.. ada babak lawak.. Selamat membaca Ammi.. Novel pun ada info apa..
    Semoga kawan Ammi dipermudahkan urusan..

    ReplyDelete
  5. Selamat membaca Ammi. Bagus membaca tambah ilmu dari tengok drama politikus tu. huhu

    ReplyDelete