Rekaan sandwich RBT

Hari Ahad petang barulah si anak teruna ni bagi tau ada bahan perlu dibawa kesekolah untuk projek RBT.  Ehhhh..geram tau cakap lambat-lambat camni.  Kalau cakap awalkan at least boleh dibeli awal.

Dia ada projek buat sandwich untuk subject RBT.  

Tapi disebabkan lambat cakap..

Ammi bekalkan dia 

roti (dia request nak 3 keping..tak agak-agak betul).
beef loaf (2 keping) (mujur juga ada ni standby dalam freezer)
hirisan tomato
Chilli sauce (ammi letak dalam small container)

Ammi dok ingat dia kena letak je semua bahan tu jadilah sandwich..lupa pulak nama subject ni Rekabentuk & Teknologi ahaksss.  Kalau tak boleh gak bekalkan mould yang tak pernah digunakan tu.  Masalah si Khilfi ni yang ammi perasan, dia ada too many things in his head tapi susah nak direalisasikan.  Nak explain kat ammi tentang tujuan nak bawak bahan-bahan ni pun susah ammi nak dapat.  Aduhhhhh.


Cikgu snap gambar..tak nampak sangat kejadian rekaan sandwich dia.  Siapalah ajar letak fork & knife gaya gitu huhuhu.

Ammi balik rumah terus dia kata dia buat sandwich bentuk muka orang garang..sebab tu sos tu dia letak gaya gitu..kononnya ada mata yg garanglah.  Lettuce and cheese tu ihsan dari kawan-kawan. 

Ni antara rekaan classmate Khilfi.  Ammi blurkan muka korang ye..


Comel je rekaan dia ni secomel tuannya.  Sweet girl.
Sesuai pulak polkadots plate tu dengan M&M yang ada kat telinga tu.  Tulah yang orang kata....less is more.


Geng suka makan sayur rasanya budak ni.


Rama-rama yang creative.  Tapi lagi cantik kalau pinggan tu plain colour kot kan..nampak hasil dia lagi best.  Tapi...sayur mana dik sayur??? Kamu tak suka makan sayur ye?

************************

Rupanya..minggu lepas minggu buat sketch.  Kiranya draft dulu apa  yang nak dihasilkan.  Minggu ni baru jadikan kenyataan.  

Patutlah beria-ia Khilfi kata nak pisang untuk sandwich...and ammi macam apa ke halnya letak pisang kat sandwich?? letak tomato sudah.  Hahhaha..manalah ammi tau itu idea asal dia.  Lenkali kalau terangkan tu biar jelassssss.

15 comments:

  1. Ajar budak-budak kreatif. Macam projek seni siap ada letak suratkhabar sebagai lapik.
    Singgah jalan-jalan sini.

    ReplyDelete
  2. kitwg punya polisi pon x boleh snap gambar students. Privacy kan. alololo lawak la anak akak ni..die sendiri pon x tau apa yg cikgu nak..tak reti nak describe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia susah nak explain..kalau explain pun dia akan go around the bush

      Delete
  3. Memang 'kreatif'lah kedudukan garfu dan pisaunya tu. Apa pun tahniah, ada daya usaha untuk ikut projek.

    ReplyDelete
  4. heheheh kretip budak2 tu... lepasni kene sentiasa ada bekalan sayuran dan buahan lah kak kot dia nak buat projek lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah..kalau dia kata projek RBT..ammi nak tengok dulu hasil rekaan atas kertas dia. baru senang nak sediakan bahan

      Delete
  5. Bagus budak2 skg kecik2 dah ada subjek ni. At least dpt dikenal pasti kecenderungan dan bakat2 yg terpendam.

    ReplyDelete
  6. lain kali, bagitau dia, cakap biar teghanggg hahaha
    tapi kreatifnya mereka semua!

    ReplyDelete
  7. comel la. kreatif diorang buat sandwich..hehe

    ReplyDelete
  8. Wow kreatif semua sandwich tu

    ReplyDelete
  9. Kreatif memasing buat sandwich.

    ReplyDelete