Rindunya kat Abah

Semenjak Covid ni..dah lama tak balik Melaka.  Dah lama tak menjenguk pusara abah & arwah mak (mak kandung suami ammi).  Bila tengok gambar yang dak Apis share rasa alahai...sebak pulak.  Rindu kat abah.


Nampak kosong tapi banyak kubur disitu.  Ada nisan kecik2 je.

Impian abah untuk disemadikan disebelah pusara arwah mak dapat ditunaikan walaupun sempit sangat ruang yang ada.  Kubur ni kubur lama yang telah pun ditutup sebenarnya.  Arwah mak meninggal tahun 1981 ketika berusia sekitar 35 tahun... abah meninggal tahun 2018.  

Masa arwah mak meninggal mak tinggalkan 10 orang anak.  Suami ammi anak yang ke 6, berusia 8 tahun masa tu.  Dan yang bongsu sebaya ammi.  Belum masuk 2 tahun pun.

Tak terbayangkan macam mana perasaan anak-anak yang ditinggalkan.  Yang rajin bercerita tentang perasaan ni Kak Lang sebab Kak Lang yang selalu tolong arwah mak buat mee, buat nasi lemak untuk dijual kat sekolah.  Kak Lang yang jaga adik bongsu.  Kak Lang pulak dalam 11-12 tahun.   Tapi tulah bila dah ajal..siapa kita untuk kata tunggu.


Disebelah tembok tu dengan nisan hitam kubur arwah abah.. dan kubur arwah mak disebelahnya.  
Yang bertudung hitam tu kita panggil makcik, isteri abah setelah arwah mak meninggal.  

Bukan main laie yo cik potik cili.  Ada pulak pokok cili api tumbuh atas kubur arwah mak.

Geram ammi dengan budak kecik ni..Mika Hateef.  Dia punya cheekiness bukan main lagi kalau papa dia share video.


Lepas bergotong-royong apa lagi??? Terjun laut lah.

Nanti bila dah reda semua...Sheila datang jenguk abah & mak ye.

14 comments:

  1. besar jasa Kak Lang jaga adik2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai ke harini..tak bolehlah tengok or dengar adik2 susah

      Delete
  2. Sedih pulak baca kisah pemergian arwah mak mentua di kala usianya baru mencecah 35 tahun, dan tinggalkan 10 orang anak. Syukurlah, segalam dugaan dapat diatasi. Kagum dengan Kak Lang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ammi pun kagum juga dengan kaklang. walaupun keadaan menghimpit tp dia tetap jadi contoh yg baik kat adik2 sebab dia berjaya belajar sampai ke luar negara

      Delete
  3. al fatihah...
    rindu yg tak berpenghujung... :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ayu.. yang merasainya tahu kan camna rasa

      Delete
  4. Oh sama la kita, anak yatim.. sobszzz..
    Moga roh2 mereka ditempatkan di kalangan roh2 org yg beriman. Aamiin..

    ReplyDelete
  5. Al Fatihah untuk kedua-duanya :)
    (dibaca)

    ReplyDelete
  6. Perasaan rindu yang tak akan terhapus buat mereka yang telah kembali kepada penciptaNya.. Sha faham perasaan itu.. Take care Ammi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun cuma ayah mertua tapi ammi pun taktau nak cakap camna sayang ammi kat dia. He is such a great father

      Delete
  7. rindu yang tiada penghujung.

    Al fatihah buat kedua-dua arwah abah dan mak mertua kak ammi

    ReplyDelete