Supaya lembut

Ozil bermula dari awal PKP haritu ammi dah berhentikan dia dari bersekolah tadika. Alhamdulillah setahun di tadika tahun lepas dia dah boleh membaca in Malay & English, menulis, mengira, mengaji. Jadi ammi rasa yakin jugalah masa ambil keputusan dengan abah untuk stopkan dia.

What I need to do at home is to monitor him.  Give him exercises, guide him walaupun kadang-kadang ammi ajar 2 kali je seminggu.  Yang selebihnya ammi malas.  Bukanlah malas apanya tapi balik kerja dengan naik LRTnya, penat berdirinya, berjalannya dan bila sampai rumah bateri macam tinggal untuk mandi dan makan malam je.  Dapat duduk kat sofa pastu tarik recliner dia tu fuhhhhh lega rasa.

Dan ammi tengok Ozil ni dia rajin gak membaca dan mengaji (yang ini siap berlagu-lagu lagi) tapi dia malas nak menulis.  Sumpah malas.  Pastu dia asyiklah kata tulisan dia tu cantik walaupun tunggang langgang.

Ozil:  Ish Ammi ni asyik shakap tak shantik je.. (dia mmg kalau sebut perkataan ada C jadi SH).

Ammi:  Dah memang tak cantik..buatlah semula.  Eeeee malulah nanti orang kata muka handsome, tangan ada otot tapi tulisan buruk.


Dia memang angin je kalau ammi reject tulisan dia.  Abih kalau asyik camni je rupa camne??  Modal nak suruh dia buat semula sila guna perkataan OTOT itu.  Terus muka dia senyum-senyum.


Tapi ammi rasa sebenarnya ok jelah tulisan ni utk budak umur 6 tahun.  Cuma ammi ni saja jelah nak bagi dia belajar untuk tulis cantik dan supaya tahun depan di darjah satu tangan dia tak keras untuk menulis.  


Bila sampai ke sini jenuh juga ammi nak baca sebab bersambung-sambung perkataannya.  Yang penting bab dia puji diri sendiri tu..itu mesti sendiri nak motivatekan diri sendiri utk tulis next paragraph.

Jadi tajuk tu bukanlah supaya dia jadi lembut...supaya tangannya je lembut untuk menulis.

9 comments:

  1. Okay cantik tulisan dia cuma bersambung susah nak membacanya. hihi
    ohh kena puji otot tu baru dia lembut nak menulis lagi.

    ReplyDelete
  2. heheh betul . xapa. nanti akan lebih kemas dan cantik. practice make perfect ;)

    ReplyDelete
  3. xpe boleh latih lagi..lama2 akan lebih cantik :)

    ReplyDelete
  4. anak kakmim pun mcm tu jugak... kalau dia tulis takde space... xpe lps ni bagi dia buat latihan tulisan yg mcm cikgu selalu bagi tu.. tp kan budak laki mmg tulisan mcm tu la... hahaha

    ReplyDelete
  5. Cantik dh tulisan Ozil cuma perlu dikemaskan lagi

    ReplyDelete
  6. Tulisannya sangat bagus dan rapi, semua letters jelas, especially W, big and beautiful. Great job!

    ReplyDelete
  7. bagi saya cantik dah tu. at least boleh baca dan faham...insya allah akan ada improvement kelak

    ReplyDelete
  8. boleh dah ni, lama2 ok..hehe..teringat entry 'otot'..hihi..

    ReplyDelete
  9. perangai anak ammi nie sama dengan anak Sha yang bongsu.. membaca rajin tapi bila kena menulis, banyak alasannnya.. Kadang siap menangis sebab tak nak menulis.. hahaha.. jenuh juga nak jadi rimau..

    ReplyDelete