Ayam Bakar Santan Belado

Ini satu lagi resepi ammi buat hasil menonton video di IG Adikfoods. Sapa yang rajin gilah tengok video ni...confirm leleh liur.

Ammi share resepi ye sebab mudah je.. tapi lagi best kalau korang dapat tengok video dia, dengar bunyi2 dia masak tu...mendamaikan jiwa.



A) Bahan rebus ayam:
  • Ayam (ammi potong 12)
  • 2 cawan air
  • 2 batang serai diketuk
  • Daun kunyit
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar (ammi takde, ammi tumbuk je ketumbar bijik tu)
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 atau 2 santan kotak
B) Bahan Kisar Kasar (agak-agaklah sukatannya ikut jumlah ayam)
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • segenggam cili padi atau lebih
  • 1/2 inci halia
C) Bahan lain
  • 1-2 keping asam keping
  • Daun limau purut (1 atau 2 helai hiris)(1 atau 2 lagi utk sambal)
  • kiub pati ayam
  • 2 biji tomato (dibelah 6 atau 8)
  • 2 sudu besar kicap manis (ammi letak tak sampai sesudu pun sbb taknak dia manis)
Cara-cara
  1. Dalam satu periuk masukkan ayam dan semua bahan A diatas.  Rebus dengan api sederhana sampai ayam masak.
  2. Angkat ayam tu, kuah rebusan tu biar je dalam periuk.
  3. Masukkan bahan B kedalam kuah rebusan tu, masukkan juga asam keping, daun limau dan kiub pati ayam.  Biar dia masak.
  4. Masukkan tomato dan kicap manis dan teruskan masak sehingga agak kering.  
  5. Bakar ayam yang direbus tadi di atas pan (proses ni ammi buat sambil-sambil buat step 3 tu)
  6. Ayam dah elok tergrill, curahkan sambal belado yang dah dimasak tadi ke atas ayam.
  7. Tutup periuk jap biar mereka mesra bersama.
  8. Taburkan hirisan daun limau.
  9. Siappppp..
Memang sedap resepi ni...tak rugi mencuba.

17 comments:

  1. Haah la Amie..nampak sedap tu ha..cara masak pun x susah dan tak renyah kan...

    ReplyDelete
  2. sedap ni..ayam bakar all time favourite..

    ReplyDelete
  3. Aduhhh menggoda menu akak tu oi... kene cuba ni nanti

    ReplyDelete
  4. ya Allah ammi..ni serius menjentik deria rasa saya..macam sedap dan best pulak...tak pernah lagi cuba dan buat ayam bakar santan belado gini..

    ReplyDelete
  5. Uncle ni tak pandai masak... tapi uncle nak usulkan pada aunty... hehehe

    ReplyDelete
  6. nampak sungguh sedap ni.
    aida pun suka tgk adikfoods tu.
    aida follow semua page masakan yg ternama.
    saje suka-suka tgk resepi.
    dpt la idea nak masak apa, kan...

    ReplyDelete
  7. Waduh sedapnyaa Ammi, terus rasa lapar walau dah kenyang makan spageti...nak try laa buat...

    ReplyDelete
  8. Esok boleh cuba, semua bahan ada ni. Thanks Ammi :)

    ReplyDelete
  9. Fuh, tetiba perut rasa lapar nak makan 😂

    ReplyDelete
  10. aduhh salah timing la bukak blog ni..terus lapar

    ReplyDelete
  11. byk resepi best2 kat blog ko, resepi sotong ari tu lum try lagi ni...

    ReplyDelete
  12. wow..menarik menu ni kak ammi :)

    ReplyDelete