The kitchen is yours Kyra!

Malam Sabtu masa dinner abah minta Kyra masak untuk lunch hari Ahad. Abah kata abah ok je kakak nak masak apa sekalipun. Tulis je barang apa nak beli, dengan syarat kakak masak semua.

So, she decided to make sup ayam and lemon fish.  Haritu masa ammi buat lemon dory fillet tu macam tak cukup je.  Dan takde sayur yang dia pilih sebab namapun Kyra...susah benau nak makan sayur.  Tapi disebabkan ammi ni ada kuasa veto (walaupun harini turn dia masak), ammi tetap suruh dia pilih satu jenis sayur.  Kebetulan dalam fridge memang dah ada green peas dan baby corn.

Ok....ammi suruh dia google sendiri resepi lemon fish tu, senaraikan bahan untuk abah beli.  


Kali ni guna filet talapia instead of dory.  Dory tu soft sangat.

Ammi's Verdict:  Not bad hasil dia walaupun garlic tu ada hangit sikit...tp untuk 1st try sangat bagus.  Kena kurangkan sukatan tepung jagung


Ini sup ayam dia (ada isi ayam dengan chicken ball) pastu dia letak juga carrot & ubi.  Dah biasa tengok ammi letak gitu kalau buat sup ayam.

Ammi's verdict:  Sedap cuma kurang garam.
Ozil's verdict:  Tak sedap kakak masak!  (tapi dia yang hirup bagi habis hahahha)



Sayur goreng.  Cauliflower campur peas & babycorn.

Ammi's verdict:  Kyra memang dah biasa goreng sayur, cumanya semalam sos tiram tak sebati betul pastu agak kering je.  Yang lain ok.

Overall, abah sangat happy (sampai ke pagi Isnin masa hantar ammi gi kerja abah kata "pandai kakak masak semalam....semua sedap").  Senangnya nak buat abah happy rupanya.

Ammi pun suka.  Sebak rasa bila anak dara yang berumur 12 tahun dah boleh diharap.  Good try Kyra.  Next ammi minta dia belajar buat mee goreng pulak.

Khilfi kata yang paling dia suka lemon fish tu.  Siap order suruh kakak masak lagi lain kali.


11 comments:

  1. bestnya kak.... anak dara rajin ke dapur, emaknya boleh tolong pantau dan tolong makan je heheheh

    ReplyDelete
  2. Terbaik kakak Kyra. Rajin dia belajar masak. Adik adik pun dah pandai order dah. Senanglah kerja Ammi nanti dah ada pembantu di dapur.

    ReplyDelete
  3. Tahniah kyra! baru 12 tahun dah pndai ke dapur msk2 bagus tau!

    ReplyDelete
  4. Bestnya urusan dapur dah boleh serah sikit2 dekat anak dara. Sayur goreng tu acik tengok pun nampak sedap. Well done Kyra 👍

    ReplyDelete
  5. hebat! lagi hebat dari acik!

    ReplyDelete
  6. Wahhh....Dania pun kena jadi macam Kyra la ni...kena pandai masak..setakat ni nasi goreng dah pandai dah dia masak..

    ReplyDelete
  7. wahh dh ada anak dara leh memasak didapur nih., jgn suruh duduk depan tangga ye makk., hehehe ;p

    ReplyDelete
  8. pandai kakka kyra masak.. dah boleh buat lemon fillet tu dah kira pandai sangat dah tu :-)
    aunty pun masih tengok pak gugel kalo nak masak.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. dah boleh diharap dah..

    ReplyDelete
  10. wah..congrats! dah kira lulus dah ni.
    pandai...

    ReplyDelete