Pembantu baru

Si kecik ammi ni sekarang cukup suka membantu kat dapur. Jadi memandangkan dialah yang paling rajin nak ke dapur, makanya ammi kena siapkan dia kerja supaya dia tak ganggu ammi di "dapur" (maknanya ketika api dapur sedang terpasang). Kadang-kadang terlepas pandang laju je tangan dia dok godek kuali atas dapur tu.

Selalu kerja yang ammi bagi dia ialah, tanggalkan sayur dari pokoknya, suruh dia buang tangkai cili, kupas bawang putih (yg ni senang je sbb biasanya ammi akan rendam bawang putih dalam air dulu, jadi tanggalkan kulit dengan jari je pun dah boleh).  At least bila bagi kerja ni kat dia...lama lah sikit dia senyap dari sibuk nak turut sama mengacau periuk di dapur.

Kyra pulak sejenis yg kena panggil baru nak datang.  Geram gak kengkadang tu sbb dah selalu pesan bila ammi di dapur terus je datang tak perlu dipanggil.  Sebab taknaklah nanti kalau gi rumah orang tak reti nak ringan tangan kat dapur.


Sexy tak kitchen helper ammi?


Elok-elok ammi letak sayur tu atas paper...ke lantai jugak perginya.  Hmmmm




6 comments:

  1. hehe bagus dia rajin masuk dapur..
    ringan sikit kerja kan hehe..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Positif. Tolog ammi sampai besar ya anak.

    ReplyDelete
  3. ammi nak masak lemak ke tu hehe

    ReplyDelete
  4. Wwahhh...rajin betul dia tolong ammi erk..bagus ni...

    ReplyDelete
  5. Alahai.. Rajinnya pembantu ammi ini..

    ReplyDelete