Dinner @ Garage Kitchen

Sebelum PKP 2.0 haritu macam biasalah ammi ada sessi pinjam meminjam anak. Especially anak yang lelaki sebab dorang nak training bola dengan Khilfi & Ozil.

Kalau tak tu memang terperap jelah anak-anak adik dalam rumah.  Nak bagi dorang keluar memang Mama & Papa takutlah.  Dorang bekerjakan.  Takkan nak izinkan anak keluar main taman sendiri kot.  Jadi bila datang rumah ammi, bolehlah abah bawak dorang gi padang bola tu.  Tendanglah bola ikut suka korang.

Ada sekali instead of Papa dorang jemput, kitoranglah yg gi hantar budak2 ni balik Bukit Mahkota.  Sebab kesian kot...Papa dorang dari ofis nak ke rumah dorang kat KL dulu pastu nak singgah rumah ammi pastu baru balik BM.  Banyaknya persinggahan.

Lepas main bola confirmlah lapau bujang2 kecik ni.  Adli kata ada satu tempat makan cantik kat rumah dia.  Marilah kita jengah.


Banyak mural kat kedai ni.  Cantik.



Ni kat dinding dapur dorang.



Ammi makan ni.. Currynara.  Not bad tapi ko kena order air yang masam2 sikitlah nak cut balik rasa creamy dia tu.




Harga dia biasa-biasa je.  Takdelah mahal mencekik sangat.


Rasa pun boleh pergi.

Tapi dijadikan cerita haritu... kononnya kitorang nak Papa budak2 ni tak lari sana-sini kan.  Sudahnya bila Papa dia dah sampai Bukit Mahkota boleh tak kalau kunci rumah BM dia tertinggal kat rumah KL.  Hahhahahahha..tak pasal-pasal kena patah balik sebab kalau nak tunggu Mamanya yang balik mau tengah malam baru sampai rumah.

Gitulah life bila suami isteri jadi pegawai polis.

7 comments:

  1. ehh sini pun ada 1 kedai makan namanya Garage Kitchen hehe not sure is yang ni branch or not..

    ReplyDelete
  2. Macam sedap je currynara tu kak. Curry campur carbonara ke kaedahnya kot :)

    ReplyDelete
  3. Nampak menarik la kedai makan ni...pandai dia tarik perhatian orang ramai ngan lukisan2 muraltu...harga makanan pun boleh tahan murah

    ReplyDelete
  4. adoiii tak pepasal hehe. tapi tak ngapa la kan hikhik.

    macam sedap je currynara tu

    ReplyDelete