Semoga terus kekal

Harap-harap lamalah sekolah akan dibuka lepas ni. Tak berapa nak larat sebenarnya nak monitor anak-anak belajar setiap hari dengan harapan dorang tak ketinggalan.

Masa cuti sekolah bulan 12 haritu pun anak-anak ammi tak berapa nak cutilah.  Jangan harap boleh bemalas-malasan sebab cuti sekolah.  Korang bukan bersekolah sangat pun tahun 2020 haritu.

Kyra walaupun telah tamat darjah 6..tapi ammi masih suruh dia buat exercises tahun 6 yang tak siap.  Banyak je buku yang cikgu pulangkan dari sekolah masih kosong.  Sayangnya nak buang gitu je kan.  Lagipun masa tu dia belum buat ujian UKKM, SMISTA bagai.  Jadi sesuai sangatlah untuk buat revision.






Adli datang rumah...dengan dia skali kena buat homework.  Takde pengecualian!!

Kejam tak makcik si Adli ni?

Ammi:  Adli datang sini kena belajar sesama tau.  Jangan asyik nak main game je kat handphone tu.
Adli:  Ok Mi.
Ammi:  Nanti buat kerja yang ammi dah tanda tu.  Balik kerja ammi check.
Adli:  What???? Banyaknya Mi...
Ammi:  Taknak buat takyah main bola.  Pilih.
Adli:  Ok ok kita buat.
Ammi:  Marah ke kat ammi?
Adli:  Kita tak marah pun.. kita ok je.  (dalam hati hanya Allah je yang tau).

Hahhahaha.

Awal-awal je ammi ambil gambar lepas tu malas.  

6 comments:

  1. sama macam sikembar...ada jer alasan dia..awal2 jer amik gambar..dah lama ni malas...

    ReplyDelete
  2. Betul, semoga sekolah buka kekal, tadi dengar berita yang susahnya sbb nak jaga sop. Semoga kita dapat hidup seperti dahulu

    ReplyDelete
  3. Bulan depan dah mula masuk sekolah seperti biasa.

    ReplyDelete
  4. mugo dipermudahkan pembelajaran urusan anak2 kita.. aminn

    ReplyDelete
  5. Comel bab Adli pun kena buat kerja sekolah tu :)

    ReplyDelete
  6. Haha..cikgu Ammi garang. Semoga berterusan dan stay safe semua :)

    ReplyDelete