Ammi dan Mak Guard

 Haritu ammi kata nak share pasal ammi bertekak dengan security kat pintu utama hospital.  I hardly do this kind of action... selalunya ammi chill-chill.  TETAPIIIIII 

****************************************************************

Kisahnya... kan kata orang awam kena solat di surau diluar bangunan hospitalkan.  Jadi, masa nak keluar solat Maghrib, ammi dah cakap dengan security tu (perempuan Islam).  Ammi cakap dengan nada sopan santun.  Nama pun kita nak minta kebenarankan...takkanlah nak velagak.

Ammi:  Kak, saya nak ke surau solat Maghrib kejap nanti saya kena masuk balik sebab mak saya masih di OT.
Security:  Tengoklah nanti (dengan muka cam tahik...sambil jeling kat ammi).
Ammi:  Terima kasih kak..

Lepas solat maghrib .. ammi pun mintak izin nak masuk balik.  Boleh pulak dia tak kasi.  

Ammi:  Kak, saya nak pergi ke OT tingkat 3.
Security:  Awak tak tau ke sekarang bukan waktu melawat?
Ammi:  Saya bukan melawat kak..saya tunggu mak saya.  Dia masih dalam bilik bedah dari pagi tadi.  Tadi saya dah cakap dengan akak masa nak keluar.
Security:  Tak boleh.

Ammi dah rasa panas dah..hangin wei.  Ammi dahlah sedih, pastu orang buat camni.

Ok takpe.  Ammi tunggu je kat bawah.  Ammi inform kat adik ammi kalau mama keluar roger ammi.

Kejap tu ammi tengok ada sorang lelaki cina masuk bawak makanan.  Ada 2 orang (suami isteri) jumpa security tu nak naik and dia bagi.  Ammi perasan 2 orang tu sebab ward yang dia lawat tu sama floor dengan bilik bedah.  Ehhhhhhh ni melampau.  Ammi terus gi kat security tu.

Ammi:  Kak, tadi saya sebelum keluar saya dah cakap dengan akak nanti saya masuk balik.  Akak tak bagi saya masuk.  Kenapa orang tadi akak bagi masuk?
Security:  Kenapa pulak?  Dia tak pandang pun muka ammi.  Cakap sambil2 isi buku log dia
Ammi :  Mak saya kat dalam bilik bedah tu saya tak tau apa kesudahannya .  Dia keluar hidup atau mati pun saya tak tau (time ni suara ammi dah tinggi plus menggigil sebab marah).  ... kenapa beza-bezakan camni?

Pastu dia call orang kat atas....  

Security:  (on call) Ni ha ada orang marah-marah nak naik.  Dia dok perati kita bekerja...
Ammi:  Tak payah nak sindir orang boleh??

Kejap tu ada security India datang... kakak boleh naik katanya.  

Apa lagi berlari ammi ke lift.  10 minit pastu mama pun keluar dari bilik bedah.

*********************************************
Gitulah kisahnya.  
Orang berbudi kita berbahasa... ammi bukan sejenis yang suka nak cari pasal dengan orang..tapi akak tu tersilap hari dan situasi.

2 comments:

  1. Hospital S ke? mmg x suka security kat situ..x kisah la bangsa kita or bangsa asing..siyes x suka..diorang suka beza- beza...

    ReplyDelete
  2. kan? janganlah sindir2..haih

    ReplyDelete